27 July 2020

Terdetik hati Yang Merasa Sombong

Terdetik hati yang merasa sombong

 

lelaki

 

Suatu hari ketika Imam Hasan Al-Bashri sedang berjalan di tepi laut, tiba – tiba dia terlihat seorang lelaki dan perempuan sedang duduk di atas batu berdua – duaan, Imam Hasan terlihat ada sebotol arak ditepinya.
Lalu, terdetik perkataan di dalam hati Imam Hasan Al-Bashri. “Alangkah baiknya jika mereka menjadi orang seperti aku”.
Lalu Allah SWT terus membayar cash.

Allah bayar cash macam mana?

Allah hadirkan satu bot yang dinaiki oleh 7 orang,
dengan izin Allah SWT bot tu KARAM.

Tiba – tiba lelaki yang Imam Hasan kata couple tadi terus pergi menyelamatkan mangsa – mangsa bot itu. Lelaki itu telah menyelamatkan 6 orang mangsa.
Kata lelaki tadi, “wahai Hasan, kalau kau rasa kau lebih baik daripada aku, kau selamatkanlah 1 mangsa bot ini.

Imam Hasan yang tercengang daripada tadi tidak mampu menyelamatkan, akhirnya mangsa yang lemas itu meninggal dunia.

Kata lelaki tadi (yang berdua-duaan) wahai Hasan jangan kamu bersangka buruk pada orang lain.
Yang kamu sangka perempuan duduk sebelah aku tadi adalah perempuan luar. Sedangkan itu adalah mak aku. Botol yang kamu sangka arak tadi bukanlah arak, tetapi hanyalah air kosong sahaja.

Pengajaannya;
1.Kita tidak boleh bersangka buruk apa yang orang lakukan.
2. Kita tidak seharusnya menilai orang dengan cepat dan sesuka hati.
3. Kita tidak boleh bersifat sombong dengan apa yang Allah SWT beri pada kita.

Kongsi untuk manfaat bersama:

Facebook
Email
Twitter
WhatsApp
Telegram

Lain-lain Artikel