27 July 2020

Tips Keluarga Sakinah

Memiliki keluarga yang bahagia dan sakinah adalah dambaan setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Berkahwin atau menikah adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Oleh sebab itu, kita harus menjaga perkahwinan yang dibina itu dengan baik agar tiada berlaku perceraian ataupun sebagainya.

Antara tips untuk ke arah keluarga sakinah:

 

1. Memilih pasangan yang tepat

Kita haruslah pandai dalam memilih pasangan kita kerana dengan dia lah kita akan hidup. Jika tersalah pilih, susah untuk kita untuk mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

 

2. Memenuhi syarat utama berumah tangga

Mawaddah membawa maksud cinta yang menggebu dan Rahmah membawa maksud rela berkorban apa sahaja untuk orang yang kita kasihi. Jika kedua-duanya dapat dipenuhi insyaalah kita akan memperoleh keluarga sakinah.

 

3. Saling bertolak ansur antara satu sama lain

Masing-masing harus sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain. Buang sifat ego yang ada dalam diri anda. Anda seharusnya mempunyai sifat yang berlawanan dengan pasangan anda. Jika dua-dua mempunyai sifat yang sama, maka hubungan anda tidak akan kemana.

 

4. Berlandaskan ajaran agama islam

Semestinya ia harus berlandaskan ajaran agama. Suami harus menjadi pembimbing isteri berserta anak-anak ke jalan Allah swt. Ajaran al-quran dan as-sunnah adalah panduan utama dalam menjalani rumah tangga bahagia.

 

5. Penuhi dengan kasih sayang

Seiap rumah tangga yang dibina haruslah dipenuhi dengan kasih sayang. Anak-anak memerlukan kasih sayang ibu dan bapa. Dan begitu juga isteri memerlukan kasih sayang suami serta anak-anak. Jika terdapat salah faham, cuba selesaikan dengan cara yang baik, jangan gunakan kekerasan. Percayalah, jika anda mencintai anggota keluarga anda dengan sepenuh hati, maka rumah tangga itu akan dipenuhi dengan kasih sayang.

 

6. Sentiasa bersyukur kepada Allah swt

Bersyukur itu amatlah penting. Itu menandakan bahawa kita berterima kasih kepada Allah swt atas apa yang dikurniakan olehnya kepada kita. Setiap apa yang kita hadapi dalam rumah tangga, anggaplah ia sebagai satu ujian dari Allah swt untuk menguji tahap keimanan kita.

 

7. Menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik

Dalam rumah tangga, kita sebagai suami ataupun isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab suami adalah menyediakan nafkah, tempat tinggal dan sebagainya kepada keluarga. Jika sama-sama berkerja, susunlah jadual anda sebaiknya mungkin supaya anda tidak akan mengabaikan tanggungjawab anda kepada keluarga.

 

8. Saling menghargai antara satu sama lain

Kita sebagai seorang manusia, haruslah tahu cara untuk menghargai orang lain. Begiu juga dalam berumah tangga, hargailah pasangan anda. Dengan adanya sifat ini, maka akan terbitlah rasa empati dan juga toleransi dalam hubungan suami isteri.

 

9. Menerima kekurangan dan kelebihan pasangan

Ketika anda sudah bersetuju untuk bersama pasangan anda, maka semestinya anda harus bersedia untuk menerima kelebihan dan juga kekurangan mereka. Setiap manusia di dunia ini tidak sempurna, terdapat kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jadi, belajarlah untuk menerima kekurangan dan kelebihan mereka dengan ikhlas.

 

10. Memelihara kepercayaan terhadap pasangan

Percayalah dengan pasangan anda. Hilangkanlah rasa curiga terhadap pasangan anda, kerana rasa curiga itu sangatlah tidak baik dan tidak patut ada dalam perhubungan. Untuk memupuk rasa percaya, Sentiasalah memberitahu kepada pasangan anda apa yang anda lakukan.

 

11. Setia dengan pasangan

Setia, adalah satu sifat yang sangat penting dalam sesuatu hubungan. Jika salah seorang membuat onar dan perangai, maka hancurlah hubungan tersebut. Kesetiaan itu amat penting.

 

Rumusannya, terdapat pelbagai cara untuk menuu ke sebuah keluarga bahagia dan sakinah. Dan ia bergantung kepada pasangan itu sendiri, macam mana mereka mencorakkan hubungan mereka. Kedua-dua, isteri mahupun suami mempunyai peranan yang tersendiri untuk kearah keluarga bahagia dan sempurna.

Kongsi untuk manfaat bersama:

Facebook
Email
Twitter
WhatsApp
Telegram

Lain-lain Artikel