26 July 2020

Adab Terhadap Ibu Bapa

Adab Terhadap Ibu Bapa

 

Adab terhadap ibu bapa

Ibubapa adalah insan yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa mengira penat lelah. Pengorbanan ibubapa amat besar sebab itu setiap anak wajib taat dan berbakti kepada mereka. Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak. Antara adab terhadap ibu bapa ialah :

  • Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.
  • Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
  • Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.
  • Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.
  • Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
  • Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
  • Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.
  • Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
  • Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
  • Jangan meninggikan suara samada di belakang atau di hadapan mereka.
  • Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.
  • Jangan melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
  • Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.
  • Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
  • Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
  • Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik ketika mereka masih hidup atau setelah mereka mati.
  • Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibubapa mereka.
  • Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud firman Allah di dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.

Kesimpulannya, ibubapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap insan. Mereka tidak pernah merungut dan tidak pernah erti penat lelah untuk membesarkan kita sampailah kita berjaya.  Justeru itu, menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua ibubapa mereka dan memberi khidmat yang terbaik. Ini kerana, dosa orang yang menderhakai kedua ibubapa akan dipercepatkan oleh Allah SWT di dunia lagi.

 

 

 

Kongsi untuk manfaat bersama:

Facebook
Email
Twitter
WhatsApp
Telegram

Lain-lain Artikel