26 July 2020

Kekuatan Ayat Kursi

ayat kursi

Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.

Ayat ini dalam sebuah hadits diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab merupakan ayat paling mulia di dalam Al Qur’an. Pada bacaan ayat kursi berisi tentang keesaan Allah serta kekuasaan Allah yang mutlak. Allah merupakan penguasa segalanya yang ada di alam semesta dan Allah tidak mengalami kesulitan sedikitpun dalam memeliharanya. Di setiap ayat-ayat pada bacaan ayat kursi mengandungi banyak sekali arti dan makna tentang keutamaannya dan manfaatnya. Dengan membaca ayat ini akan mempengaruhi jiwa dan keimanan hidup kita.

Sebagai umat muslim dianjurkan untuk secara rutin membaca ayat kursi dan mengamalkannya dalam berbagai aktifitas kehidupan sehari-hari. Dengan kita sering membacakan ayat ini dalam kehidupan kita maka hidup akan menjadi lebih berkah dan berada dalam lindungan Allah serta tidak terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Kekuatan Ayat Kursi

Ayat ini adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:

  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  • Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat. Dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  • Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  • Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  • Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  • Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla. Akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  • Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  • “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  • Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  • Jika dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
  • Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
  • Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  • Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
  • Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan:
  • Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
  • Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
  • Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
  • Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
  • Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
  • Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya:
  • Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
  • Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
  • Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
  • Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan:
  • Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Semua  di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

Kongsi untuk manfaat bersama:

Facebook
Email
Twitter
WhatsApp
Telegram

Lain-lain Artikel