26 July 2020

Haiwan Yang Dilarang Untuk Dibunuh Dalam Agama Islam

Allah menciptakan haiwan di dunia dengan mempunyai manfaatnya untuk manusia menggunakan dengan betul. Tidak semua haiwan harus dibunuh melainkan ia mendatangkan kemudaratan.

Kita dapat melihat bermacam jenis ubat pembunuh semut sama ada dalam bentuk semburan, perangkap atau racun yang  dijual untuk menghapuskan haiwan yang tidak bersalah. Dalam Islam, terdapat beberapa haiwan yang dilarang untuk membunuhnya.

1. Semut

Islam melarang umat Islam membunuh semut tanpa sebarang sebab. Hal ini demikian kerana semut mempunyai surah khas untuk mereka iaitu surah An-Naml,  yang diambil bersempena dengan kisah Nabi Sulaiman A.S.

Surah itu menceritakan Nabi Sulaiman A.S dan ketua semut yang berkomunikasi dengan Nabi Sulaiman A.S memohon pertolongan agar bala tentera Nabi Sulaiman A.S tidak memijak mereka.

2. Lebah

Terdapat satu surah dalam al-Quran yang menjelaskan peranan besar lebah dalam hidup manusia.

Surah An-Nahl, ayat 68 dan 69 menyatakan dengan jelas arahan Allah S.W.T pada lebah di mana mereka patut tinggal. Tugas mereka sebagai makhluk Allah di muka bumi dan faedah terbesar yang dibawa oleh lebah kepada manusia.

3. Burung Hud-Hud

Burung yang menjadi tema kepada lagu klasik M.Nasir ini agak sukar dijumpai di negara kita. Menjadi salah satu binatang yang disebut secara jelas dalam Kitab Al-Quran dalam surah An-Naml. Bermula ayat 22 atas usahanya memerhatikan manusia dan hubungan spesis ini dengan Nabi Sulaiman As., burung hud-hud adalah salah satu burung yang dilarang pada umat Islam membunuhnya.

4. Burung Shurad

Burung ini hidup di kawasan Afrika dan tinggal di padang dan savana. Haiwan ini tidak disebutkan dalam al-Quran atau mempunyai kisah pertalian dengan mana-mana Nabi. Namun Nabi Muhammad S.A.W dalam dua buah hadis yang dirwayatkan dari Ibnu Majah

” Rasulullah S.A.W melarang membunuh shurad, katak, semut dan hud-hud.”

Rasulullah melarang kami membunuh empat macam binatang : semut, lebah, burung hud-hd dan burung shurad (HR. An-Nasa’i dan Ahmad)

5. Labah-labah

Labah-labah pernah menolong Rasulullah dan Saidina Abu Bakar ketika mereka sedang bersembunyi di dalam Gua Tsur dari kaum kafir Quraisy. Seekor labah-labah segera membuat sarang dan menutupi mulut pintu gua seolah-olah tiada orang berada di dalam gua berkenaan. Keadaan ini menyebabkan kaum kafir Quraisy yakin bahawa Rasulullah tiada di dalamnya.

 

Sumber: deenamik.com

Kongsi untuk manfaat bersama:

Facebook
Email
Twitter
WhatsApp
Telegram

Lain-lain Artikel