26 July 2020

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Solat tahiyatul masjid adalah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’  bagi memuliakan masjid dan sangat digalakkan di dalam Islam. Sebelum kita duduk kita disunatkan mengerjakan solat sunat tahayyatul masjid sebanyak 2 rakaat.

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”

–  Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim

Solat sunat ini boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja sebaik sahaja kita melangkah masuk ke masjid dan sebelum kita duduk.

Niat 

lafaz niat solat tahiyatul masjid

 Usolli sunnata tahiyyatal masjidi rak’ataini lillahi taala 

 Masalah/Situasi Berkaitan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Terdapat beberapa masalah/situasi yang perlu kita ketahui dimana ia sering berlaku semasa ingin mengerjakan solat sunat ini.

1. Ketika kita memasuki masjid dimana azan sedang berkumandang, hendaklah kita menjawab azan dahulu sambil berdiri sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

2. Apabila khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk.

3. Seseorang yang masuk dan terus duduk dengan sengaja, tiadala lagi solaat ssunat tahiyatul masjid baginya.

4. Duduk tidak sengaja (terlupa), maka ada 2 keadaan:

  • Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali – maka dibolehkan bangun dan terus solat.
  • Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat – tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.

5. Orang yang tidak dapat mengerjakan solat sunat ini kerana disebabkan:

  • Sudah dimulakan solat jemaah
  • Dia telah duduk atau
  • Dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan

6. Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu.

Ini kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW:

“Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.”

– Hadis Riwayat Muslim

Kesimpulannya

Jadikan solat sunat ini sebagai amalan kita setiap kali melangkah ke masjid. Nescaya ia bukan perbuatan yang sia sia malah ia perbuatan yang sangat mulia dalam kita menambah pahala kita. Oleh itu, sama samalah kita berusaha membuat pahala dan sentiasa berada di jalan Allah. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua

Sumber: akuislam.com

 

Kongsi untuk manfaat bersama:

Facebook
Email
Twitter
WhatsApp
Telegram

Lain-lain Artikel