26 July 2020

Amalkan Zikir Ini Untuk Rezeki Melimpah

Amalkan zikir ini untuk rezeki melimpah dalam kehidupan. Zikir dari segi bahasa bermaksud mengingati. Dari segi istilah pula adalah mengingati Allah SWT di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.

Kadang kadang terlintas di pemikiran, kenapa duit sentiasa tidak cukup? Kalau ada lebih mesti ada sahaja benda yang memerlukan duit kita dikeluarkan. Namun rezeki bukan sekadar wang ringgit, kesihatan, ketenangan hati, bebas hutang dan banyak lagi turut dianggap salah satu rezeki

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Bagi umat Islam, kita seharusnya bersyukur dengan pemberiaanNya. Justeru itu, sama samalah kita amalkan zikir ini untuk rezeki melimpah yang sering diamalkan oleh Rasulullah.

Amalkan Zikir Ini Untuk Rezeki Melimpah

1. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata

“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah”. (HR. At-Tabrani)

2. La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

“Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi’ah

Amalkan Zikir Ini

“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Amalkan Zikir Ini

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.”

7. Sering beristighfar

Amalkan Zikir Ini

“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Kongsi untuk manfaat bersama:

Facebook
Email
Twitter
WhatsApp
Telegram

Lain-lain Artikel