26 July 2020

Hikmah Lailatul Qadar

Lailatul Qadar

Perkataan Lailatul qadar terdiri daripada dua khalimah :

Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari.

Dan Al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

Hikmah malam lailatul qadar

Bulan Ramadhan adalah salah satu bulan terbaik dan mulia diantara bulan-bulan lainnya. Bulan Ramadhan begitu di istimewakan oleh Allah. Dan diantara malam-malam dalam Ramadhan itu ada salah satu malam yang sangat istimewa. Bahkan keutamaan malam itu mampu mengalahkan keutamaan bulan dan tahun. Malam itu adalah malam lailatul qadar.

Saat bulan Ramadhan tiba, kaum muslimin saling berlumba-lumba untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Dan mereka akan sangat menyesali jika terlepas malam tersebut.

Berikut adalah hikmah malam lailatul qadar:

Malam LailatulQadar Adalah Malam Diturunkannya Al-Quran

Lailatul Qadar

Disebutkan dalam Al-Quran surat Al Qadar ayat pertama: “Ssungguhnya kami menurunkan Al Qur’an pada malam lailatul qadar”.

Abdullah bin Abbas berkata: Allah menurunkan Al-quran secara utuh dari lauhul mahfudz ke Baitul ‘Izzah yang ada di langit dunia. Lalu Allah menurunkan Al-quran kepada Rasulullah secara terpisah sesuai kejadian-kejadiannya selama 23 tahun. (Tafsir Ibnu Katsir).

Malam Lailatul Qadar Lebih Baik dari 1000 Bulan

Lailatul Qadar

Disebutkan dalam Al-Quran surat Al Qadar ayat ke-3: “Malam lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dai 1000 bulan”.

Imam An Nakho’i berkata:”Amalan pada malam lailatul qadar lebih baik dari amalan pada 1000 bulan”.

Sedangkan imam yang lain seperti Qotadah, Mujahid dan lainnya mengatakan bahwa yang dimaksud lebih baik dari 1000 bulan adalah bahawa solat dan amalan yang dilakukan pada malam lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa pada 1000 bulan yang tidak ada malam lailatul qadarnya. (Zaadul Masir).

Malam Lailatul Qadar Adalah Malam yang Penuh Berkah

Lailatul Qadar

Disebutkan dalam Al-Quran surat Ad Dukhon ayat 3: “Sesungguhnya kami menurunkannya (Al qur’an) pada malam yang diberkahi dan sesungguhnya kami lah yang memberi peringatan”.

Yang dimaksud malam ini adalah malam lailatul qadar, iaitu malam dimana diturunkannya Al-quran seperti yang telah dijelaskan pada point Malam LailatulQadar Adalah Malam Diturunkannya Al-Quran.

Pada Malam Lailatul Qadar Malaikat Jibril Akan Turun ke Bumi

Lailatul Qadar

Disebutkan dalam Al-Quran surat Al Qadar ayat 4: “Pada malam itu Malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril (Ar Ruh) turun ke bumi”.

Pada malam lailatul qadar banyak malaikat yang turun ke bumi oleh karena banyaknya keberkahan di malam lailatul qadar. Para malaikat itu turun ke bumi dengan keizinan Allah untuk mengurus segala urusan sampai terbit fajar.

Malam Lailatul Qadar Adalah Malam yang Penuh Sejahtera

Lailatul Qadar

 

Disebutkan dalam Al-Quran surat Al Qadar ayat 5: “Sejahtera lah pada malam itu sampai terbit fajar”.

Yang dimaksud dengan salam (sejahtera) adalah pada malam itu syaitan tidak dapat berbuat apa-apa ataupun mengganggu. Demikian menurut Mujahid (Ibnu Katsir).

Dan boleh juga di ertikan sebagai selamat dari siksaan kerana pada malam itu mereka telah melakukan ketaatan kepada Allah.

Malam Lailatul Qadar Adalah Malam Dicatatnya Takdir Tahunan

Disebutkan dalam Al-Quran surat Ad Dukhon ayat 4: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”.

Ibnu Katsir telah menjelaskan dalam kitabnya bahawa penulisan takdir di lauhil mahfudz dalam satu tahun akan diperinci pada malam lailatul qadar, juga dicatatnya ajal dan rezeki. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Mujahid, Abu Malik, Ad Dhohak dan Ulama’ lainnya.

Namun perlu diketahui bahawa catatan takdir tahunan itu telah didahului oleh ilmu dan penulisan Allah. Takdir ini kemudian diperlihatkan kepada para malaikat sehingga mereka tahu apa yang akan terjadi, selanjutnya para malaikat itu melakukan tugasnya sesuai yang diperintahkan Allah. Demikianlah keterangan dari Imam Nawawi dalam Syarah Shohih Muslim.

Diampuni Dosanya Bagi yang Menghidupkan Malam Lailatul Qadar

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, beliau bersabda: “Barangsiapa mendirikan solat di malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR. Bukhori).

 

Waktu Bilakah Belakunya Lailatulqadar

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam lain“.

Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil “.

Adapun terdapat banyak pendapat menentukan malam Lailatulqadar, antaranya:

Pertama:

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:

  • Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.
  • Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27″.
  • Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
  • Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27″. 
Kedua:

Pada malam 23 Ramadan. Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan”.

Ketiga:

Pada malam 21 Ramadan. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan”.

Keempat:

Pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda: “Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan”.

Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi

Kelima:

Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan”.

Jadi jelas menunjukkan kepada kita betapa mulia dan agungnya malam Lailatulqadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan. Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian. Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa. Terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.

Semoga kita semua meraih malam Lailatulqadar. Amin.

 

Kongsi untuk manfaat bersama:

Facebook
Email
Twitter
WhatsApp
Telegram

Lain-lain Artikel