4 Panduan Solat Taubat Nasuha Yang Perlu Diketahui

Taubat nasuha merupakan taubat yang berazam tidak akan mengulangi dosa maksiat tersebut dan menunaikan solat taubat agar mendapat keampunan Allah.

Panduan Solat Taubat Nasuha
Sumber: themuslimvibe.com

Panduan Solat Taubat

Setiap manusia tidak lari dari melakukan dosa namun yang membezakan ialah tindakan taubat kerana sekecil-kecil dosa Allah akan ampunkan hambaNya yang bertaubat nasuha.

Solat sunat taubat bermaksud solat memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT. Solat ini dilakukan sebanyak dua rakaat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Tambahan pula, waktu yang paling afdhal dilakukan solat sunat taubat adalah ketika bangun untuk melakukan ibadah solat malam. Pada ketika itu, kita merasa lebih dekat dengan Allah SWT sabda Rasulullah S.A.W dimana baginda bersabda:

“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT, Allah pasti akan menerima permohonannya itu.”

1. Niat

Niat solat taubat
Sumber: aimanabdullah.com

 

2. Bacaan dalam solat

Rakaat Pertama: Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun 11x

Rakaat Kedua: Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas 11x

3. Baca ayat berikut 44 kali selepas membaca tasbih sujud

tasbih
Sumber: aimanabdullah.com

4. Berzikir

 

Istighfar 70x
zikir
Sumber: aimanabdullah.com

 

Wirid 100x
wirid
Sumber: therohani.com

 

Doa solat taubat

Doa
Sumber: aimanabdullah.com

 

Penghulu istighfar

Penghulu istighfar
Sumber: aimanabdullah.com

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, janganlah kita berlengah melakukan taubat sehingga hati dipenuhi karat dosa dan menjadi hitam. Semua teguran dan nasihat akan semakin sukar untuk diterima. Hati juga makin payah untuk jalan semula di atas jalan yang lurus dan hidup semakin huru-hara.

Oleh itu, lebih baik awal bertindak dengan bertaubat agar dosa kita berkurangan. Memang benar manusia itu tidak lari dari melakukan dosa tetapi sejauh mana kita menyesal dan bertindak dengan perkara tersebut. Walhal Rasulullah SAW yang langsung tidak berbuat dosa tetapi tetap menunaikan solat taubat 2 rakaat setiap malam sehingga kakinya lemah berdiri.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan