7 Makanan Sunnah Yang Berkhasiat Diamalkan Oleh Rasulullah SAW

Cara pemakanan yang berkhasiat memainkan peranan penting untuk kesihatan tubuh badan dan minda manusia. Makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW adalah antara makanan yang sihat dan perlu dicontohi.

Makanan sunnah Rasulullah SAW
Sumber: minda2tinta.com

 

7 Makanan Sunnah Yang Berkhasiat

Kurma

 

Kurma
Sumber: vanillakismis.my

Kurma ialah sejenis buah yang berasal dari pokok kurma itu sendiri yang memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan. Buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

Selain daripada itu, dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Tambahan pula, potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf serta meningkatkan kepantasan aktiviti otak. Bahkan juga digalakkan kepada wanita mengandung.

Madu

 

Madu
Sumber: minda2tinta.com

Kedua ialah madu iaitu makanan yang dihasilkan oleh lebah yang tersangat manis. Antara khasiat madu ialah enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

Untuk pengetahuan anda, menjaga keberadaan sel adalah sangat penting kerana ada berbilion sel yang menjadi komponen utama otak. Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian matlumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori.

Kismis

 

Kismis
Sumber: tetikuscikila.blogspot.com

Seterusnya, buah anggur mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat.

Di samping itu, kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak.

Buah Tin

 

Buah tin
Sumber: tinohtin.com

Aktiviti penyingkiran toksin dan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih efisien. Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak.

Selain itu, buah tin yang juga dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok. Ia banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.

Habbatus Sauda

 

Habatus sauda
Sumber: pesonapengantin.my

Minyak habatus sauda’ telah terbukti mampu merawat penyakit epilepsi. Secara umum apabila suatu pekerjaan dilakukan, bahagian otak yang tertentu akan menghantar isyarat bagi melaksanakan pekerjaan itu.

Namun apa yang berlaku kepada pesakit epilepsi adalah semua bahagian otak tiba-tiba menghantar isyarat secara serentak sehingga mewujudkan kecelaruan kepada pesakit yang menyebabkan sawan seperti ke atas kanak-kanak.

Minyak Zaitun

 

Minyak zaitun
Sumber: columbiaasia.com

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols-antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

Tambahan pula, Para saintis menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Secara khusus minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori otak. Lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.

Susu Kambing

 

Sumber: iluminasi.com

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Seperkara lagi, ia mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

Ia ini juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan