Akidah Yang Kukuh Pendorong Kekuatan Iman

Beriman dengan akidah yang benar iaitu berlandaskan al-Quran dan as-sunnah adalah perkara asas kepada sesuatu amalan. Setiap amalan yang dikerjakan oleh golongan orang-orang yang beriman yang hanya akan diterima oleh Allah SWT. Umat Islam yang beriman dan percaya dengan kewujudan Allah SWT menjalankan setiap ibadah dengan niat kerana Allah SWT. Demi kekukuhan iman, peranan akidah setiap umat Islam adalah penting dalam kehidupan seharian.

Surah al-Maidah ayat 3: 

Ertinya: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu”.

peranan akidah
Sumber: Tribunnews.com

Mempelajari Ilmu Akidah

Dengan mempelajari ilmu akidah dapat menghindari diri kita daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakkan akidah sesorang terhadap Allah SWT. Maka, ia akan mendorong kita ke arah melakukan perbuatan atau amalan-amalan yang hanya taat kepada Allah SWT semata-mata. Selain itu, ilmu akidah dapat menjauhi diri kita dari segala perbuatan dosa dan perkara sia-sia kerana kita dapat membezakan perkara yang baik mahupun buruk serta tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.

Surah Al-Hasyr ayat 7:

Ertinya: “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah”.

Pembinaan Akidah Yang Kukuh

  • Memahami konsep Islam dan akidah secara khusus dan menyeluruh
  • Mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya
  • Sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah
  • Berjihad Melawan nafsu

Di samping itu, terdapat perkara yang membatalkan akidah iaitu mensyirikkan dan menyembah selain daripada Allah SWT, menolak al-Quran dan as-sunnah serta mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat segelingtir masyarakat umat Islam juga yang enggan menerima dan menolak ajaran as-Sunnah (anti-hadis) kerana dikatakan rekaan semata-mata.

Mereka yang tidak percaya kepada hadis atau sunnah boleh dijatuhkan murtad kerana ia sumber perundangan Islam yang wajib diyakini dan dijadikan rujukan dunia dan akhirat. Oleh itu, Sunnah adalah penting dalam hidup manusia dan wajib beriman kepada Allah dan Rasul.

Surah An-Nisa ayat 80:

Ertinya: “Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah”.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan