9 Kelebihan Ayat Seribu Dinar Jika Diamalkan Akan Dikurniakan Rezeki Allah

Ayat seribu dinar sentiasa diamalkan oleh pedagang-pedagang dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri iaitu ayat 2 dan 3 surah At-Talaq.

Pendahuluan

Apakah itu ayat seribu dinar dan kisah disebaliknya? Ramai peniaga yang mengamalkan ayat seribu dinar supaya dimurahkan rezeki dan perniagaan lancar.

Pada zaman dahulu terdapat seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangani Nabi Khidir dan diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak seribu dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi sama, maka dia segera bersedekah. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.

Pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Pedagang tersebut hanya mampu bertawakkal dan membaca ayat yang diajar oleh Nabi Khidir. Setelah kapal itu pecah dipukul ombak, beliau tersedar mendapati dirinya terdampar di tepi pantai dan selamat. Beliau bersyukur dan tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri.

Dia masih lagi mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎seribu dinar.

Surah At-Talaaq: Ayat 2-3

Hikmat Ayat Seribu Dinar

Firman Allah SWT yang bermaksud :

…dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)

…serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

  • Dibaca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
  • Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
  • Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
  • Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya Allah si pesakit akan sembuh.
  • Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
  • Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
  • Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
  • Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
  • Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan