Doa Untuk Dikasihi Orang Ramai

Setiap manusia ingin merasa dikasihi, dicintai dan disayangi oleh orang yang tersayang seperti ibu bapa, keluarga, suami, sahabat, guru dan majikan. Terdapat banyak kisah di mana anak-anak tidak pernah merasai kasih sayang daripada ibu bapanya, adik-beradik yang selalu berkelahi, rumah tangga yang bercelaru dan menimbulkan rasa benci dalam hati. Ini semualah adalah angkara syaitan durjana yang hanya ingin meruntuhkan hubungan antara keturunan Nabi Adam. Oleh itu, doa pengasih ini dapat membuatkan kita manis dipandang orang dan merasa sejuk setiap kali memandang atau bertemu dengan kita. Ia perlu diamalkan setiap hari dan dengan izin Allah setiap permintaan dikabulkan dan yang penting ialah ingin sentiasa dilindungi Allah SWT. Doa ini juga boleh digunakan untuk bertemu jodoh dan untuk pengekalan rumah tangga pasangan suami isteri.

Doa Pengasih

Surah Al-Ghafir Ayat 60

Pengamalan potongan ayat surah Al-Ghafir ini perlu dibaca terlebih dahulu sebelum membaca yang lain. Ia perlu dibaca dengan beradab dan disusuli dengan selawat kepada Rasulullah SAW. Kemudian, baca doa-doa yang memuji Allah SWT dan doa pengasih dari potongan ayat surah ini.

قالَ رَبُّكُمُ ادعوني أَستَجِب لَكُم ۚ إِنَّ الَّذينَ يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتي سَيَدخُلونَ جَهَنَّمَ داخِرينَ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina”.

Surah Al-Isra’ Ayat 82

Selepas selesai membaca surah Al-Ghafir ayat 60, perlu dibaca potongan ayat daripada surah Al-Isra.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Surah Yusuf Ayat 4

Jika potongan ayat ini dibaca, kelebihan yang kita dapat ialah disayangi oleh sesiapa sahaja, wajah berseri-seri dan muka sentiasa manis dipandang orang. Cara untuk mengamalkan doa ini adalah dengan membacanya selepas solat atau baca ketika berhadapan orang di dalam hati dan dihembuskan perlahan-lahan ke wajah orang tersebut.

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku”.

Surah Yassin Ayat 36

Doa ini boleh juga digunakan untuk dipertemukan jodoh dengan cepat selain daripada dikasihi orang lain. Surah ini adalah tentang bagaimana kehidupan di dunia dijadikan berpasang-pasangan yang sesuai untuk mereka yang sedang mencari jodoh. Cara pengamalannya adalah dengan berdoa dan sapu pada wajah setiap pagi.

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Surah Al-Hujurat Ayat 13

Selain daripada doa pengasih, doa ini juga sesuai untuk ibu mengandung dan mengelakkan diri dari gangguan jin. Amalkan potongan ayat surah ini dengan kerap membacanya.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Surah Ali-Imran Ayat 31

Doa ini sesuai dijadikan doa pengasih dan perlu diamalkan selepas solat pada setiap hari untuk dikasihi oleh orang ramai atau sesiapa sahaja.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah Ali-Imran Ayat 14

Doa ini perlu diamalkan 10 kali setiap hari dan boleh digunakan untuk mencari jodoh yang baik-baik. Doa pengasih ini perlu dibaca sambil membayangkan wajah orang yang diimpikan dan disapu pada wajah.

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

 

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan