Penderitaan Yang Dilalui Sepanjang Perjalanan Hidup Nabi Yusuf

Nabi Yusuf banyak melalui hidup yang perit, dibuang ke dalam sumur oleh saudaranya sendiri dan difitnah membuat perkara terkutuk oleh Zulaikha, namun baginda tetap tabah dan tidak menyimpan dendam.

Penderitaan Nabi Yusuf
Sumber: Frans Van Heerden (pexels.com)

Pengenalan 

Nabi Yusuf AS mempunyai surah tersendiri di dalam al-Quran dikisahkan oleh Allah, dan diiktiraf sebagai kisah yang terbaik yang perlu dijadikan rujukan oleh para Menteri atau pemerintah. Kisah perjalanan hidup Nabi Yusuf AS yang sangat mengasyikkan, menceritakan dari mula zaman kanak-kanaknya, sehinggalah menjawat sebagai Menteri di Mesir. Baginda AS bermula dengan dunia penindasan, diletakkan di dalam perigi, dibawa ke Mesir, terpisah daripada ayahnya, menjadi anak angkat raja, masuk penjara dan akhirnya menjadi Menteri.

Penderitaan Yang Dilalui Nabi Yusuf

Dibuang Ke Dalam Sumur

Nabi Yusuf merupakan anak kesayangan Nabi Yaakub dan diberi lebih perhatian berbanding anak-anak baginda yang lain kerana Yusuf dan Bunyamin memiliki sifat yang sangat berbeza. Hal ini menimbulkan rasa iri hati di kalangan adik-beradik mereka yang lain yang mengakibatkan Nabi Yusuf dibuang oleh saudaranya ke dalam sumur ketika berjaya membohongi Nabi Yaakub.

Namun begitu, Allah menyelamatkannya dijumpai oleh pedagang yang melalui tempat tersebut dan dikembalikan oleh pembesar kerajaan Mesir ke rumah asal baginda. Yusuf dijadikan anak angkat sekaligus melayani keperluan di rumah seorang pembesar kerajaan. Pasangan Qithfir dan Zulaikha sangat menyayanginya akibat ketampanan yang baginda miliki. Keduanya bahkan tidak percaya jika Nabi Yusuf adalah manusia.

Difitnah Zulaikha

Rasa kagum Zulaikha terhadap Nabi Yusuf  membuatnya tidak boleh menahan godaan syaitan. Dirinya akhirnya merayu Yusuf untuk melakukan perbuatan tercela. Keduanya pun terlibat sedikit perkelahian akibat saling memaksa hingga akhirnya datanglah Qithfir. Kemudian, Zulaikha hanya menfitnah Nabi Yusuf yang melakukan sedemikian dan mengakibatkan baginda ke penjara.

Dalam Surat Yusuf ayat 23 sampai 29 menunjukkan bahawa isteri pembesar Mesir, Zulaikha merayu Yusuf untuk bersedia menuruti hasratnya. Dirinya meminta agar hal ini dirahsiakan namun masih diketahui oleh wanita di kota dan kalangan istana. Peristiwa ini pun membuat nama Yusuf menjadi buruk.

Surah Yusuf ayat 33, ertinya: Yusuf berkata, “Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, niscaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh.”

Pengajaran Kisah Hidup Nabi Yusuf

Tidak Sombong

Walaupun baginda mempunyai wajah yang tampan dan memiliki kesenangan tetapi baginda tidak pernah sombong dan sentiasa bergaul dengan orang ramai.

Maka, kita mestilah rendah diri dan bergaul dengan orang ramai secara sama rata. Walaupun kita berdarjat tinggi, sikap sombong itu bukanlah tiket percuma untuk melayani seseorang dengan teruk.

Tidak Menyimpan Dendam

Baginda tidak pernah menyimpan dendam walaupun baginda dibuang ke dalam sumur oleh saudaranya sendiri. Oleh itu, kita sebagai manusia, janganlah kita berdendam terhadap seseorang. Lebih baik berbincang dan nasihat-menasihati bersama pihak kedua tersebut untuk melegakan suasana dan hubungan terjaga. Jika mereka masih berkeras kepala, tawakkal kepada Allah dengan berdoa agar mereka mendapat hidayah Allah.

Selain itu, jangan sesekali kita menggunakan sihir atau ilmu hitam kepada orang yang kita berdendam kerana itu adalah berdosa besar dan perbuatan dilarang dalam Islam.

Tabah Difitnah

Di samping itu, Nabi Yusuf tetap tabah difitnah membuat perkara terkutuk oleh Zulaikha padahal baginda menolak ajakan Zulaikha dan sanggup dipenjara. Baginda pandai mengawal nafsunya dan menghormati Zulaikha namun baginda tetap diperlaku sedemikian.

Oleh itu, walaupun kita difitnah, ingatlah kebenaran itu pasti menang dan pasti berpihak kepada kita. Kita perulah sentiasa berdoa kepada Allah dan sabar menghadapi ujian fitnah tersebut kerana Allah mengetahui kemampuan hamba-hambaNya.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan