Wanita Solehah: Suri Teladan Ummah

Sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah. Wanita yang solehah merupakan ketua kepada bidadari-bidadari Syurga. Kita sebagai pemuda wanita Islam perlu mentaati segala perintah Allah dan menjaga maruah diri. Walaupun banyak pelbagai jenis ujian yang kita perlu hadapi tetapi pecayalah di Syurga banyak kebaikan untuk mereka yang solehah. Maka, jangan pernah berasa sedih jika ujian yang kita lalui tersangat-sangatlah berat terutamanya ujian dengan suami. Wanita yang solehah adalah wanita yang menjada solatnya, maruahnya, puasanya dan pandai menjaga suami.

Wanita solehah

 

 

Ciri-ciri Wanita Solehah

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

  • Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam melebihi dari segala-galanya
  • Wajib menutup aurat
  • Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
  • Berbuat baik kepada dua ibubapa
  • Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
  • Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

  • Memelihara kewajipan terhadap suami
  • Sentiasa menyenangkan suami
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
  • Tidak cemberut di hadapan suami.
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
  • Tidak keluar tanpa izin suami.
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
  • Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

Wanita Suri Teladan Ummah

Setiap wanita pasti ada idolanya tersendiri. Siapakah yang patut dijadikan idola kepada ramai wanita yang dapat menjadikan kita wanita yang solehah?

Sayidatina Khadijah RA

Nama sebenar Sayidatina Khadijah ra ialah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdu ‘Uzza bin Qusai berketurunan bangsawan Quraisy daripada suku Bani Asad. Beliau mendapat gelaran Al-Thohirah yang bermaksud suci maruah diri.

Beliau seorang ahli perniagaan yang kaya, berjaya dan bertakwa. Sayidatina Khadijah ra ialah isteri pertama Rasulullah SAW dan wanita pertama yang memeluk Islam. Beliau seorang bijak bertindak dan mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi. Beliau menggunakan hartanya untuk membantu umat Islam termasuklah sewaktu Bani Hashim dipulau oleh Musyrikin Mekah. Pada saat kematian pula, beliau banyak membelanjakan harta ke jalan Allah. Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada suaminya.

Oleh itu, kita sebagai seorang wanita Muslim perlulah mencontohi Sayidatina Khadijah ra sebagai wanita yang menjaga maruah, berbelanja di jalan Allah dan tidak boros serta menjaga suami sebaik-baiknya.

Sayidatina Aishah RA

Nama sebenar Sayidatina Aishah ra ialah Aishah Binti Abu Bakar yang berketurunan bangsawan Quraisy dari suku Bani Tamim. Beliau merupakan isteri kedua Rasulullah SAW dan mendapat gelaran Al-Humaira iaitu putih kemerah-merahan dan As-Siddiqiah iaitu wanita yang berkata benar. Beliau seorang cerdas, pintar, sabar dan tabah, serta pemurah. Beliau mendapat didikan daripada ayahnya dan Rasulullah SAW, rajin bertanya dan selalu mengikuti majlis ilmu.

Antara ilmu yang dikuasai ialah al-Quran, hadis, bahasa Arab, syair dan perubatan. Beliau difitnah oleh golongan munafik dalam peristiwa Haditsulifki, lalu menyerah diri kepada Allah. Akhirnya turun ayat al-Quran yang membersihkan beliau daripada fitnah. Beliau sangat dermawan dan akan memberikan apa sahaja dalam tangannya. Belia pernah memberi kurma kepada seorang wanita dan anaknya walaupun hanya kurma itu sahaja makanannya yang ada.

Sumbangan beliau ialah meriwayatkan tidak kurang 2210 hadis Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang, menjadi tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW terutama dalam hal wanita dan keluarga serta pakar dalam pelbagai bidang ilmu.

Oleh itu, kita pemuda wanita hendaklah mencontohi Sayidatina Aishah yang banyak menceburi pelbagai ilmu agama, selalu bertanya dan mencari guru serta amalkan sikap suka bersedekah.

Sayidatina Fatimah RA

Nama sebenar beliau ialah Sayidatina Fatimah Binti Muhammad yang berketurunan Quraisy, puteri bongsu Rasulullah SAW dan Sayidatina Khadijah. Beliau berkahwin dengan Sayidina Ali bin Abi Talib. Beliau menerima gelaran sebagai Az-Zahra iaitu putih berseri.

Selain itu, beliau seorang yang penyayang dan taat kepada ayahandanya serta reda dan tabah. Beliau menyokong perjuangan ayahnya dan menguruskan kehidupan ayahnya dengan baik seperti dalam hal makan dan minum selepas kematian ibunya. Beliau digelar Ummu Abiha yang bermaksud ibu kepada bapanya. Kita perlu mencontohi beliau sebagai seorang anak yang tidak pernah penat dalam menolong makan minum dan menjaga ayah kita. Beliau memberi sokongan kepada Rasulullah SAW sewaktu tentangan kafir Quraisy.

Tambahan pula, beliau juga mengambil berat terhadap ayahandanya dengan menguruskan keperluan harian dan berjaya mendidik anak-anaknya yang soleh. Kita sebagai seorang anak perlulah menjadi anak yang solehah dan sentiasa berbakti kepada ibu bapa.

Ketua Bidadari Syurga

Asiah Isteri Firaun

Isteri yang mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab kepada Allah SWT serta keluarganya, dia bersabar dengan segala ujian maka ganjarannya adalah syurga.

Maryam Ibu Nabi Isa AS

Ibu tunggal atau janda yang berjaya mendidik anak-anaknya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Maka dia akan mendiami syurga yang diketuai Maryam.

Khadijah Binti Khuwalid

Beruntunglah wanita yang bersuamikan lelaki budiman, mereka taat pada suami. Maka berjaya ke syurga Allah SWT yang diketuai oleh Khadijah,isteri Nabi Muhammad SAW.

Fatimah Az-Zahrah Binti Rasulullah

Bagi gadis yang hanya mempunyai bapa, maka jaga dan kasihanilah bapamu kerana kelak Allah SWT akan menganugerahkan syurga Nya yang diketuai Fatimah az-Zahrah, puteri Rasulullah.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan