3 Fadhilat Surah Ad-Dukhan Yang Ramai Perlu Tahu

Surah Ad-Dukhan bermaksud asap atau kabus yang akan memenuhi seluruh langit sebagai hukuman Allah kepada mereka yang melanggar perintahnya.

Khatam Al-Quran 30 Juzuk
Sumber: liputan6.com

Penerangan Ayat

Ayat 1-8

Allah menekankan di dalam surah ini bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Mendengar doa kita. Jika kita memohon sesuatu dri makhluk lain selain Allah  dikategorikan sebagai perkara syirik kerana menduakan Allah. Surah Ad-Dukhan adalah untuk menolak fahaman salah dan memberitahu bahawa hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mendengar dan tahu isi hati hamba-hambaNya.

Ayat 9-18

Menceritakan sikap Musyrikin Mekah terhadap seruan Nabi Muhammad ke arah fahaman tauhid yang mensia-siakan segala hidayah. Mereka juga memain-mainkan sehingga diberi ancaman ditimpa kemarau panjang sampai debu berterbangan, tanah menjadi kering dan berdebu teruk.

Apabila Kiamat hampir tiba, keadaan akan berasap di seluruh dunia. Mereka yang tidak mahu menerima ajakan tauhid ini, akan menerima balsan akhirat nanti. Mereka akan dihadapkan kepada Allah di Yaumul Mahsyar di mana mereka akan ditanya tentang apakah yang telah mereka lakukan.

Ayat 19-29

Ayat ini menceritakan kisah Nabi Musa dan Firaun dan penzaliman terhadap Allah SWT. Zaman Nabi Muhammad SAW mukjizat dalam bentuk bahasa yang hebat ialah Al-Qur’an. Mukjizat Nabi Musa AS yang ditunjukkan itu ada dua iaitu tongkat baginda AS yang bertukar menjadi ular dan tangan baginda bercahaya selepas meletakkannya di celah ketiak.

Di samping itu, ke mana sahaja kita pergi, tinggalkan perkara baik di tempat itu. Sebagai contoh, apabila kita pergi ke hutan, laungkan azan untuk solat dan solatlah. Setelah nyawa kita di hujung-hujung rambut, sudah tiada masa lagi untuk bertaubat seperti Firaun dan tenterannya hampir mati kelemasan dalam laut baru hendak beriman tetapi tidak diterima.

Ayat 28-39

Allah mengingatkan kepada orang Yahudi dan kita juga betapa mereka telah diberi rahmat dengan diselamatkan. Mereka dulunya menjadi hamba abdi kepada Firaun dan kaum Qibti dan ditindas oleh kaum itu tetapi Allah telah menyelamatkan mereka dan dikerah untuk melakukan kerja-kerja yang berat.

Dengan kehabatan kaum Firaun menyebabkan mereka bersikap sangat teruk, berlagak dan sombong hingga orang bawah dia turut jahat sepertinya. Kaum-kaum dulu itu memang hebat tetapi mereka syirik kepada Allah.

Ayat 40-49

Ayat ini menerangkan tentang Akhirat serta penindasan Firaun dan natijah jika mengikuti Rasulullah SAW. Apabila mereka minta makanan, mereka akan diberikan buah dari Pokok Zaqqum. Ia seperti minyak masak yang telah banyak kali digunakan untuk memasak. Lama-kelamaan ia akan melikat dan pekat berwarna kegelapan. Bila makan sahaja buah Zaqqum itu, ia akan bertukar menjadi minyak yang mendidih.

Selain itu, penghuni Neraka akan diseret dengan cara diikat dengan besi ke tengah neraka dan dikenakan seksaan. Kemudian, dicurahkan azab seksa iaitu dari air panas yang menggelegak ke atas kepala mereka. Emosi dan fizikal sepenuhnya diseksa sehinggakan mereka merasa insaf atas dosa-dosa mereka selama ini.

Ayat 50-59

Terdapat 6 perkara yang manusia suka dan dambkan iaitu rumah dan pakaian yang selesa, pasangan hidup, makanan yang baik-baik, tempat kediaman yang kekal dan bebas dari kesusahan dan malapetaka. Dalam setiap perbuatan, mereka akan memikirkan apakah kemahuan Allah dalam perkara itu kerana takut menyebabkan Allah murka.

Mereka itulah yang akan menjaga hatinya dari fahaman syirik dan akhirnya akan mati dalam tauhid. Mereka selamat dari kesusahan, ketidakselesaan, kerisauan dan sebagainya.

Fadhilat-fadhilat Surah Ad-Dukhan

1. 7000 Malaikat Akan Memohon Ampun Untuk Pembaca

Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).

2. Dibangkit, Dinaungi Dan Dihisab

Dari Abi Ja’far RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)

Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia? Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”

3. Dibina Sebuah Rumah Di Syurga

Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).

Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”  Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan