Tokoh Ilmuwan Muslim Al-Khawarizmi Dan Sumbangannya

Al-Khawarizmi seorang tokoh Islam yang menciptakan trigonometri dan astronomi serta sistem penomoran yang sangat penting sehingga sekarang.

Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi
Sumber: albahth-ist-bmi.blogspot.com

Pengenalan Al-khawarizmi

Ibnu Haitham adalah Bapa Optik Modern yang mempunyai nama asli Abu Ali Muhammad Al-Hassan Ibnu Al-Haitham. Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, tokoh ilmuwan Islam yang lahir pada 965 M ini dikenal dengan nama Alhazen. Tulisannya mengenai pengubatan mata telah menjadi rujukan penting yang masih dipelajari hingga saat ini.

Ibnu Haitham banyak melakukan penelitian mengenai cahaya dan telah memberi ilham kepada ahli sains Barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler, dalam menciptakan mikroskop serta teleskop. Selain itu, Ibnu Haitham telah menemukan prinsip kesatuan udara sebelum Trricella dan daya gravitasi sebelum Issaac Newton.

Pendidikan

Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan telah membuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi juga dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi merupakan seorang guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

Karya Yang Dihasilkan

Al-Khawarizmi banyak menghasilkan karya-karya beliau yang tersendiri. Antaranya ialah, Al-Jabr wa’l Muqabalah, Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah, dan juga Sistem Nombor.

Matematik

Banyak lagi kaedah yang telah diperkenalkan oleh beliau dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Bukan itu sahaja, malah banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan juga menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Astronomi

Selain itu, bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada penggunaan aritmetik dan geometri sahaja.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan