5 Amalan Yang Menghasilkan Pahala Pada 10 Muharram

Setiap tahun, umat Islam juga sentiasa menantikan tibanya hari 10 Muharram untuk mengejar pahala ibadah terutamanya puasa Asyura. Berikut adalah amalan-amalan yang boleh dilakukan pada bulan Muharram.

Amalan Bulan Muharam
Sumber: Chattrapal (pexels.com)

Amalan-amalan Pada Bulan Muharram

Kata Ibn Abbas apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata: Maksudnya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari lain melainkan hari ini – iaitu hari ‘Asyura. [HR Bukhari 2006]

Puasa

Puasa Asyura sebenarnya adalah puasa yang wajib dibuat, namun setelah puasa Ramadan itu difardhukan maka gugurlah puasa pada bulan Asyura tetapi umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut kerana ia adalah sunnah.

Malahan berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram) mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda: “Puasa hari ‘Asyura’ itu; sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (Riwayat: al-Tirmizi).

Solat 4 rakaat

Hari Asyura bersamaan 10 Muharram bermula dari masuknya waktu Maghrib sehingga akhir waktu Asar hari keesokannya. Pada hari Asyura disunatkan bersembahyang 4 rakaat dengan dua salam. Sembahyang sunat Asyura boleh dilakukan pada bila-bila masa (kecuali waktu-waktu yang diharamkan bersembahyang) tetapi sebaik-baiknya pada waktu Maghrib dan Isyak.

Sedekah

Sedekah juga adalah salah satu perbuatan mulia yang digalakkan pada hari Asyura. Selain itu, juga boleh dibuat dalam pelbagai bentuk sedekah seperti jiran-jiran tetangga memberi makanan atau dari segi wang. Kebiasaan pada hari Asyura, umat Islam di Malaysia menyambutnya dengan membuat bubur Asyura dan mengagihkan kepada orang ramai.

Muhasabah diri

Ibnu Mas’ud RA pernah berkata, “Tiada yang pernah kusesali selain keadaan ketika matahari tenggelam, masa hidupku berkurang, namun amalanku tidak bertambah.”

Dengan terus berjalannya waktu dan bertambah usia, maka kita harus menyedari dan bermuhasabah diri mengenai setiap amalan dosa dan pahala kita. Kita juga perlu sentiasa mengingati mati kerana mati itu pasti dan sudah terlambat untuk membuat amalan-amalan baik.

10 Zikir Yang Boleh Diamalkan Pada 10 Muharram Untuk Pahala Berlimpah 

1. Membaca Tasbih

سُبْحَانَ الله ملْء الْمِيزَان ومنتهى الْعلم ومبلغ الرِّضَا وزنة الْعَرْش

Artinya: Maha suci Allah dengan sepenuh timbangan dan (sampai) dengan puncak ilmu dan (sampai) dengan batas akhir ridlo dan dengan beratnya ‘arasy.

2. Membaca Tahmid

وَالْحَمْد لله ملْء الْمِيزَان ومنتهى الْعلم ومبلغ الرِّضَا وزنة الْعَرْش

Artinya: Dan Segala puji bagi Alloh dengan sepenuh timbangan dan (sampai) dengan puncak ilmu dan (sampai) dengan batas akhir ridlo dan dengan beratnya ‘arasy.

3. Membaca Takbir

وَالله أكبر ملْء الْمِيزَان ومنتهى الْعلم ومبلغ الرِّضَا وزنة الْعَرْش

Artinya: Dan Maha besar Alloh dengan sepenuh timbangan dan (sampai) dengan puncak ilmu dan (sampai) dengan batas akhir ridlo dan dengan beratnya ‘arasy.

4. Memohon Keselamatan

لَا ملْجأ وَلَا منجا من الله إِلَّا إِلَيْهِ

Artinya: Tidak ada perlindungan dan tidak ada keselamatan dari Alloh kecuali kepadanya.

5. Meminta Syafaat

سُبْحَانَ الله عدد الشفع وَالْوتر وَعدد كَلِمَات الله التامات كلهَا

Artinya: Maha suci Alloh dengan (sebanyak) bilangan genap dan ganjil dan dengan (sebanyak) bilangan kalimat-kalimat Alloh yang semuanya sempurna.

6. Memuji Allah

وَالْحَمْد لله عدد الشفع وَالْوتر وَعدد كَلِمَات الله التامات كلهَا

Artinya: Dan Segala puji bagi Allah dengan (sebanyak) bilangan genap dan ganjil dan dengan (sebanyak) bilangan kalimat-kalimat Allah yang semuanya sempurna.

7. Membesarkan Nama Allah

وَالله أكبر عدد الشفع وَالْوتر وَعدد كَلِمَات الله التامات كلهَا

Artinya: Dan Maha besar Alloh dengan (sebanyak) bilangan genap dan ganjil dan dengan (sebanyak) bilangan kalimat-kalimat Alloh yang semuanya sempurna.

8. Membaca Laa Haula Wala

أَسأَلك السَّلامَة بِرَحْمَتك يَا أرْحم الرَّاحِمِينَ وَلَا حول وَلَا قُوَّة إِلَّا بِاللَّه الْعلي الْعَظِيم

Artinya: Aku memohon keselamatan kepadamu dengan rohmatmu, wahai dzat yang pengasih diantara para pengasih!, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali oleh Alloh yang maha tinggi dan agung.

9. Selawat Ke Atas Nabi

وَصلى الله على سيدنَا مُحَمَّد وعَلى آله وَصَحبه أَجْمَعِينَ وَالْحَمْد لله رب الْعَالمين

10. Membaca Hasbiyallah

وَنقل سَيِّدي عَليّ الأَجْهُورِيّ أَن من قَالَ يَوْم عَاشُورَاء سبعين مرّة حسبي الله وَنعم الْوَكِيل نعم الْمولى وَنعم النصير كَفاهُ الله تَعَالَى شَرّ ذَلِك الْعَام

Sayyid ‘Aly Al-Ajhuri menuqil, bahwa orang yang membaca “hasbiyallohu wani’mal wakiil ni’mal maulaa wani’man nashiir” sebanyak 70 kali pada hari ‘asyuro, maka Allah akan mencegah darinya kejelekan yang ada pada tahun itu.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan