Bulan Syawal menandakan kemenangan bagi seluruh umat muslim, setelah menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan dan merupakan salah satu bulan terbaik setelah Ramadan. Selain sebagai bulan kemenangan, ia juga memiliki banyak keutamaan dan keistimewaan dengan berbagai amalan yang boleh dilakukan.
Puasa 6 pada bulan Syawal
Allah akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang melaksanakan puasa selama enam hari pada bulan Syawal iaitu mendapat pahala puasa selama satu tahun penuh. Pahala yang dapat dari amalan ini sangatlah mulia dan hanya diberikan untuk orang yang melaksanakan puasa 6 hari pada bulan Syawal ini.
Sebahagian ulama juga membenarkan untuk tidak melaksanakan puasa enam hari secara berturut-turut, akan tetapi pahalanya juga sama besar dengan melakukannya sekaligus sesudah hari raya.
Solat hari raya
Solat sunat hari raya aidilfitri dilakukan pada 1 syawal dan dijalankan lewat berbanding solat sunat aidiladha kerana ingin memberi laluan kepada umat islam menunaikan zakat dan disunatkan makan terlebih dahulu. Solat sunat hari raya adalah sunat muakkad yang digalakkan oleh Rasulullah SAW dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.
Iktikaf
Iktikaf dilakukan sambil berzikir demi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menghilangkan dosa-dosa yang telah dilakukan.
Menurut syara’, i’tikaf ialah berada di dalam masjid dengan niat tertentu. I’tikaf dikira sah sekiranya memenuhi dua syarat:
- Yakni berniat pada permulaan i’tikaf, iaitu berniat berada di dalam masjid selama tempoh yang tertentu dengan tujuan beribadat kerana melaksanakan sunnah. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dengan niat keduniaan atau tanpa sebarang tujuan, perbuatannya itu tidak dianggap i’tikaf dari segi syara’.
- Berada di dalam masjid dalam tempoh yang dikira i’tikaf pada anggapan umum. Termasuk juga dalam syarat ini ialah syarat-syarat harus tinggal di dalam masjid, iaitu suci daripada janabah, haid, nifas dan tiada sebarang najis pada pakaian dan badan yang boleh mengotori masjid.
Betakbir pada malam Idul Fitri
Selain itu, amalan yang patut dilakukan ialah bertakbir pada malam aidilfitri semenjak matahari tenggelam sampai pada hari akhir bulan Ramadan di mana datangnya imam pemimpin solat raya aidilfitri. Sehingga ada seseorang yang bertakbir di berbagai tempat seperti masjid, rumah dan berbagai tempat lain kecuali untuk kaum wanita. Tanggal 1 Syawal diperingati sebagai hari raya aidilfitri. Seluruh umat muslim di berbagai belahan dunia mengumandangkan takbir.
Memakan kurma
Memakan beberapa buah kurma dengan jumlah yang ganjil sebelum solat raya aidilfitri. Di samping itu, memakai pakaian terbaik juga menjadi amalan pada bulan syawal sekaligus memberi ucapan selamat hari raya. Selagi ucapan tersebut bukanlah haram atau sebuah larangan yang mengundang perbuatan haram seperti contohnya salaman dengan lawan jenis yang bukan mahram ia dibolehkan.
Meningkatkan solat 5 waktu
Tambahan pula, syawal juga merupakan bulan kembalinya umat muslim kepada fitrah, diampuni dari semua dosa sesudah melaksanakan ibadah Ramadan. Ini menjadi awal permulaan semua umat muslim untuk selalu menjaga solat lima waktu dengan semakin baik dan lebih ditingkatkan.
Syawal adalah bulan kembalinya umat muslim kepada fitrahnya dan diampuni semua dosanya. Makna kemenangan dalam bulan Syawal ialah kita telah berjaya menahan hawa nafsu dan berpuasa sepanjnag sebulan.
Memperbanyakkan sunnah
Kita digalakkan melakukan perkara-perkara sunnah seperti menghidupkan sepertiga malam iaitu qiamullail. Hal ini bagi memastikan kita dapat beristiqamah dengan perbuatan kita sepanjang bulan Ramadan. Setiap amalan baik yang kita amalkan pada bulan ramadan perlu juga diamalkan untuk bulan-bulan lain.
Mengeratkan silaturahim
Bulan Syawal ialah bulan yang berbeza berbanding bulan-bulan yang lain kerana umat Islam. Umat Islam saling kunjung-mengunjungi dan maaf-bermaafan antara satu sama lain sempena keraian Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk melawat dari rumah kerumah untuk menanya khabar saudara terdekat. Hal ini menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan keakraban antara sesama muslim dan elakkan dari musuh-bermusuhan.