Tips Mudah Bangun Solat Tahajud

Terang  lagi bersuluh akan kelebihan yang sangat besar dalam Islam di atas amalan bertahajud sepertiga malam di mana orang lain tengah tidur. Ramai di antara kita sering memasang niat untuk solat tahajud dan di sini ada beberapa tips mudah bangun solat tahajud.

Tips Mudah Bangun Solat Tahajud

1. Ambil masa untuk tidur sekejap pada waktu siang

Bagi yang bekerja, digalakkan tidur sekejap sebelum atau selepas zuhur. Pejamkan mata 15-20 minit ketika waktu rehat tengahari. Tidur waktu sebegini mampu menyegarkan kita buat seketika dan juga mampu memberi daya untuk kita bangun pada waktu malam.

2. Tidur awal pada waktu malam

Amalkan tidur awal seperti biasa pada setiap hari. Sebaik baiknya sebelum pukul 10 ataupun selepas selesai solat Isyak. Tidur awal ini secara langsung tubuh kita akan mendapat cukup rehat yang cukup dan berdaya dalam menunaikan solat tahajud.

3. Pemakanan

Disarankan tidak mengambil makan minum yang banyak kerana apabila kenyang ia akan menyukarkan kita untuk bangun malam. Di samping itu, makanlah pemakanan yang berkhasiat dan kurang lemak untuk membantu melancarkan sistem pencernaan badan anda.

4. Amalan sebelum tidur

Kebiasaanya kita akan membaca doa sebelum kita tidur. Kali ini pastikan amalkan baca Mathurat sebelum tidur sebagai pendinding diri dan ia juga membantu memudahkan kita untuk bangun di tengah malam.

5. Niat

Pasang niat di dalam hati untuk bangun melakukan solat. Di samping itu, mohon kepada Allah supaya kita mempunyai kekuatan dan berdaya untuk bangun menunaikan solat tahajud.

6. Muhasabah diri

Jauhkan diri daripada melakukan dosa dan maksiat kerana ia boleh jadi penghalang untuk kita mudah bangun di tengah malam. Sentiasalah muhasabah diri kita supaya ia mampu membantu kita dalam melakukan pahala serta memperoleh keberkatan.

7. Kuatkan azam

Tekadkan diri untuk memperoleh pahala dan kelebihan mengerjakan solat malam. Dengan ini kita akan sentiasa berusaha dalam menunaikan solat tahajud.

Kesimpulannya

Tanam dalam diri kita untuk sentiasa melakukan amalan yang mampu membantu kita dalam kehidupan harian. Ia merupakan salah satu amalan yang mungkin ramai dalam kalangan anda tidak sedar adalah solat tahajud. Digalakkan untuk bangun solat tahajud untuk memperoleh keberkatan dan pahala berganda.

 

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan