Adab Berjual Beli

Adab Berjual Beli

Pengertian jual beli dari segi bahasa adalah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain manakala dari segi istilah pula adalah akad pertukaran barang dengan barang yang membawa kepada pemilikkan selamanya. Antara adab berjual beli adalah :

PENJUAL
  • Berterus terang mengenai kualiti barang yang dijual
  •  Peramah dan sentiasa senyum
  • Berpakaian kemas dan menutup aurat
  • Sentiasa menjaga perasaan pelanggan
  • Sempurna dalam sukatan dan timbangan
  •  Menjual barangan yang berkualiti
  • Mengucapkan terima kasih setelah selesai urusan
  • Jujur dalam jual beli
PEMBELI
  • Berkomunikasi dengan baik
  • Tidak banyak kerenah
  • Menjaga nama baik penjual
  • Mengucapkan terima kasih setelah selesai urusan
KEPENTINGAN BERADAB

PENJUAL

  • Melariskan hasil jualan serta kedai menjadi tumpuan pelanggan
  • Disukai serta dihormati orang ramai
  • Menaikkan imej penjual

PEMBELI

  • Mendapat harga serta barangan yang berkualiti
  • Memperoleh kepuasan dalam berbelanja
  • Mendapat layanan yang mesra
HUKUM JUAL BELI
  • Wajib ketika seseorang itu memerlukan barang seperti makanan
  • Haram jika seseorang membeli barang yang terlarang seperti arak, babi
  • Sunat dalam melebihkan timbangan kepada pembeli dengan niat bersedekah
  • Makruh jual beli ketika azan Jumaat yang pertama
  • Harus jual beli yang menepati syarat syarat jual beli
FAKTOR ISLAM MENGGALAKKAN JUAL BELI
  • Merupakan sumber rezeki yang halal
  • Menambahkan sumber pendapatan
  • Memenuhi tuntutan fardhu kifayah
  • Menjana ekonomi ummat serta negara Islam
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim

Dalil-dalil harus dan halal jualbeli: 

1) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
“Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah : ayat 275)

2) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
” Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)

3) Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
“Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai.”
(Riwayat Ibnu Hibban)

 

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan