Kelebihan Solat Tahajud

Solat Tahajud

 

Solat tahajud

Disamping melaksanakan solat wajib, umat Islam juga digalakkan untuk melakukan solat sunnah. Antaranya, solat dhuha, solat hajat dan Solat Tahajud. Jadi solat tahajud adalah solat sunnah yang dilakukan pada waktu malam. Pelbagai kelebihan dan kebaikannya yang akan menanti jika kita melakukan solat ini. Antaranya ialah :

1. Menghapuskan Dosa

Hendaklah kalian melaksanakan solat malam kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa. “(HR. Tirmidzi, Al-Hakim, Baihaqi)

Merasakan banyak berdosa? Pengampunan Allah SWT terbuka kepada hamba-hamba yang solat tahajud.

2. Menjauhi penyakit

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Memberi cahaya pada wajah dan hati

Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam? Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya.

Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.

4. Termasuk golongan orang yang benar

“Biasakan diri anda untuk solat malam kerana itu tradisi orang-orang yang soleh sebelummu, mendekati diri dengan Tuhan, menghapuskan dosa, menolak penyakit, dan mencegah dosa.” (HR. Ahmad).

Jika anda mengikuti tabiat yang baik dari orang-orang soleh maka anda adalah sebahagian daripada mereka. Dari hadis di atas, juga dijelaskan bahawa solat malam juga dapat mencegah penyakit. Satu kebaikan dunia dan akhirat.

5. Dikurniakan kekuatan dan rezeki

Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya. Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT.

Solat malam seperti Tahajud adalah tawaran emas kepada setiap hambaNya untuk mendekatkan hubungan dengan Allah SWT. Walau tidak mudah untuk bangun ketika banyak orang sedang nyenyak tidur, waktu yang dingin, ditambah dengan kesejukan untuk berwudhuk, namun semua ini adalah nikmat agung bagi sesiapa yang sering mengerjakannya sehingga terasa rugi pula jika meninggalkan peluang berharga itu.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan