Rukun Iman Dan Pengertianya

Rukun iman

Dalam agama Islam dikenal dua pilar penting yang menjadi pedoman hidup bagi setiap muslim, iaitu Rukun Iman, dan Rukun Islam. Sebagai umat muslim wajib hukumnya untuk tahu dan faham tentang rukum iman. Kerana rukun inilah yang menjadi tonggak agama islam dan wajib diyakini serta mengamalkannya.  Iman menurut bahasa artinya membenarkan. Sedangkan, Iman menurut istilah syari’at maksudnya maksudnya mengakui dengan lisan (perkataan), membenarkan (tashdiiq) dengan hati, dan mengamalkannnya dengan anggota tubuh.

Rukun iman itu sendiri terdiri atas 6 rukun antara lain :

1 – Percaya Kepada Allah

Beriman kepada Allah adalah yakin dan percaya kalau Allah adalah Esa dan tidak ada duanya yang menjadi Tuhan dari seluruh umat manusia. Setiap muslim wajib mengimani apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia dan seluruh alam ini walaupun ia kelihatan tidak rasional pada akal fikiran manusia. Atas alasan inilah, seorang muslim wajib mempelajari ilmu usul, tauhid atau akidah bagi menetapkan keyakinannya kepada Allah SWT. Ilmu inilah yang lebih dikenali dengan nama Sifat 20, yakni mengetahui dengan tafsil 20 sifat yang wajib bagi Allah SWT.

2 – Percaya Kepada Malaikat

Allah Swt telah menciptakan para malaikat untuk membantu menjalankan atau menyampaikan wahyu kepada para Nabi atau Rasul-Nya. Para malaikat sebagai perantara antara Allah dengan makhluk-makhluk-Nya. Malaikat menyampaikan wahyu kepada para Rasul Allah untuk diteruskan kepada umat manusia.

Seperti yang kita tahu ada sepuluh nama malaikat dan tugasnya yang harus kita ketahui iaitu, Jibril yang menyampaikan wahyu; Mikail iaitu penurun rezeki; Israfil, iaitu peniup sangkakala atau terompet pada hari kiamat; Izrail iaitu pencabut nyawa makhluk; Raqib dan Atid, iaitu malaikat kiraman katibin yang mencatat amalan baik dan jahat manusia; Munkar dan Nankir, iaitu dua malaikat yang ditugaskan Allah SWT bagi menanyakan soalan di alam barzakh dan dua malaikat terakhir, iaitu Malik dan Ridzwan yang ditugaskan menjaga Neraka dan Syurga.

3 – Percaya Kepada Kitab Kitab

Kitab-kitab ini bermaksud, apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada rasul-rasul-Nya yang menjadi panduan atau syariat dalam kehidupan.

4 kitab yang harus kita ketahui :

  • Taurat : kitab yang Allah turunkan kepada Nabi Musa alaihi sallam.
  • Zabur : kitab yang diberikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada Nabi Daud alaihi sallam.
  • Injil : diturunkan Allah kepada Nabi Isa alaihi sallam sebagai pembenar, dan pelengkap Taurat.
  • Al-Qur’an : kitab yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala turunkan kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alahi wa sallam, penutup para Nabi.
  • Shuhuf : yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim AS, dan Nabi Musa AS. (suhuf-suhuf yang berupa keterangan ringkas mengenai hukum-hakam atau sesuatu syariat)

4 – Percaya Kepada Rasul Rasul

Rasul-rasul merupakan penyampai bagi dasar-dasar agama kepada umat manusia. Kepercayaan kepada sekalian rasul adalah wajib. Para rasul dipilih oleh Allah s.w.t. daripada kalangan manusia untuk menyeru manusia agar mentauhidkan Allah s.w.t. dan beribadat kepada-Nya. Mereka membimbing manusia daripada penyembahan yang salah, misalnya menyembah berhala atau sesama makhluk kepada menyembah Allah yang Maha Esa, dan seterusnya menjadi model kehidupan bagi seluruh umatnya.

5 – Percaya Kepada Hari Kiamat

Beriman kepada hari akhirat bermaksud percaya dengan penuh yakin tanpa sebarang keraguan bahawa selepas kehidupan di dunia ini kita pasti akan berhadapan dengan hari pembalasan. Pada hari tersebut, manusia akan dibangkitkan dan segala amalan mereka akan dihitung.

Semua manusia akan dihadapkan ke mahkamah Allah SWT dan diadili segala amal perbuatannya di atas dunia ini. Manusia akan diberikan kitab atau buku yang semasa di dunia dahulu ditulis oleh Malaikat Raqib dan ‘Atid dan seluruh anggota tubuh sendiri menjadi saksi amal perbuatan di dunia dahulu. Amal perbuatan manusia juga akan ditimbang atas timbangan al-Mizan. Kemudian, semua akan melalui satu jambatan yang dikenali titian sirat al-mustaqim (titian yang lurus) sebelum dapat masuk ke syurga Allah SWT. Mana-mana manusia yang amal jahatnya melebihi amal kebaikan atau tidak beriman kepada Allah SWT, maka mereka tidak akan berjaya melintasi dan akan terjatuh ke dalam neraka bagi menerima azab di atas kelalaian mereka di dunia. Manusia yang selamat melintasi titian itu akan masuk ke dalam syurga Allah SWT yang penuh kenikmatan sebagai ganjaran di atas keimanan dan ketakwaan mereka di atas dunia dahulu.

6 – Percaya Kepada Qada’ dan Qadar

Kita percaya bahawa setiap perkara yang berlaku itu adalah ketentuan Allah, maka kita wajib percaya kepada qada’ dan qadar. Qada’ dan qadar bermaksud, seluruh kehidupan manusia dan perjalanan alam di atas muka bumi ini hakikatnya sudah ditentukan dan termaklum dalam ilmu Allah SWT. Kita hanya perlu berusaha dan hasilnya Allah SWT yang memberikannya, kerana ia adalah dalam pengetahuan Allah SWT dan Allah SWT sendirilah yang berhak menentukan akhir sesuatu perkara. Sungguh pun Allah SWT sudah tahu apa yang akan terjadi, namun sebagai manusia kita wajib berusaha ke arah kebaikan, diiringi dengan doa bersungguh-sungguh dan di akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT, agar kesudahannya kelak beroleh kebaikan. Seseorang yang beriman akan menerima semua takdir itu dengan jiwa yang tenteram. Malah, dia percaya bahawa di sebalik alam yang nyata itu ada kekuasaan ghaib yang lebih perkasa iaitu kekuasaan Allah s.w.t.

Kesimpulannya, iman mesti disertakan dengan amal soleh. Amal soleh bermaksud melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya. Iman tanpa amal yang mulia tidak mendapat tempat dalam Islam. Maka jelaslah bahawa kombinasi Islam dan Iman akan membentuk seorang Muslim sejati.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan