ISTIQAMAH

istiqamah
ISTIQAMAH

Kenapa begitu sukar untuk membentuk tabiat yang baik? Mengapa sangat susah untuk kekal istiqamah dalam membuat perubahan?

Istiqamah amat susah untuk sentiasa kita teruskn tetapi mesti juga terus mencuba. Allah akan memberikan malaikat sebagai teman untuk orang-orang yang beriman dan beristiqamah. Terutamanta bila sakaratul maut,malaikat-malaikat itu akan membisikkan di telinga kita supaya jangan bimbang. Kerana orang itu akn mendapat kebahagiaan yang hakiki. Dan jgn bimbang apa yang ditinggalkn di dunia kerana Allah akan menjaganya. Malaikat akan menjadi teman pada orang-orang yang beriman dan beristiqamah.
Sebab tu para pejuang islam bila mati wajahnya tersenyum kerana malaikat telah membisikkan syurga yang dijanjikan. Keyakinan bukan hanya dengan perkataan. Tetapi apa yang kita lakukan dengan amalan. Ingatlah bahawa dunia ini semata mata ujian. Ujian yg amat sedikit. Kurang harta, sakit & semua tu hanya sikit je.
Macam mana nak tahu malaikat tu ada dgn kita?
Bila jiwa yang suka pada kebaikan yang menepati syariat. Orang yg didampingi malaikat akan sangat suka. Dan juga jiwa yang tak senang dengan perkara bertentangan syariat. Orang yang istiqamah akan ikhlas dengan amalannya dan ibadat nya. Contoh buat ibadah hanya untuk keperluan dunia. Itu tak ikhlas. Ibadah kena dibuat dengan ikhlas tanpa kepentingan dunia. Kena teguh dengan tauhid dan ikhlas dgn ibadah. Kerana kita ikut segala suruhan, hanya kerana Allah.
Apa itu kerana Allah?

Syarat utk ibadah itu diterima :

  • Ikhlas
  • Mengikut syariat
Sebarang amalan kena ikut syariat…
Contoh makan kena ikhlas….
Contoh, drive pergi kerja ni ikhlas ke tak…
Kenapa kita makan?

Kita makan untuk beribadat. Supaya ada daya untuk beribadat. Sebab tuhan jadikan kita untuk beribadah.
Dan makan tadi mestilah dari sumber yang halal, supaya bila kita beribadat akan diterima. Contoh bila menghadiri majlis ilmu, adakah kita ikhlas atau tidak. Tujuan kena jelas datang untuk mendengar peringatan, supaya semakin dekat dengan Allah. Bila dengan niat ikhlas, tuhan akan berikan apa yangg kita hajatkan.

Sentiasalah berniat utk berjumpa Rabb kita, iaitu Allah

Contohnya rindu berjumpa Allah,kena cukup persiapan, yang lahir dari keikhlasan hati utk berjumpa Rabb kita. Sebab tu kena sentiasa dengan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Sentiasalah berdoa supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Kena pastikan supaya kita berusaha tetap dalam hidayah.Hidayah kena sentiasa ditingkatkan. Bila kita dah ada dalam islam dan iman kena minta hidayah itu tetap dan terus berkembang. Kerana jika tidak dipelihara,hidayah boleh hilang. Sebab itu majlis ilmu kena selalu pergi sebagai peringatan Amalan doa yg paling asas ialah dalam 17 kali al-fatihah dalam solat. Tidak boleh pandang ringan pada dosa,walaupun sekecil kecil dosa. Yang berdosa tetap berdosa.Dosa-dosa kecil adalah seperti titik hitam pada kain putih. Sebab hati manusia ni berbolak balik jadi kena minta hati itu nk tetap. Sentiasa lah ingat pada Allah.

Ilmu

Satu lagi cara ialah cari ilmu-ilmu yang bermanfaat.Dan beristiqamah. Laksanakanlah segala suruhan, tinggalkanlah segala larangan. Orang yg sentiasa usaha utk menuntut ilmu, akan dimudahkn jalan, tapi ilmu itu kena mesti meningkatkan keimanan. Apa pun ilmu, amalan selagi mendekatkan diri dengan Allah, mesti tinggalkan segala larangan.

Amal soleh

Lepas ilmu,kena ada amal soleh. Bila dah tahu dan dah berilmu,kena amalkan. Tidak boleh hanya pandai bercakap,tanpa sendiri tidak mengamalkan.Kena beriman dengan perkara ghaib, dirikan solat dan belanjakn sebahagian rezeki ke jalan Allah. Jadi dalam ayat quran, kena mula-mula iman kena betul. Kemudian solat dan berkawanlah dengan sahabat yang soleh. Yang beribadah. Kerana teman itulah yang patutnya mendekatkan kita Allah. Dampingilah orang yang beribadah mendekatkan diri dgn Allah. Dekatkan kita dengan Allah. Bukanlah tak boleh langsung berkawan dengan orang-orang yang “tersalah haluan”. Tapi kena tahu kite ni tahap mana. Andai kite hanya takat yang boleh terpengaruh dengan yang tidak baik. baik jangan. Andai kita sendiri adalah kuat dan boleh berdakwah bolehlah menyampaikan.

Sentiasalah beringat. Carilah sahabat yang sentiasa akan semakin mendekatkan kita dgn Allah, jangan sesekali menjauhi. Sebab hati dan keikhlasan kita ni cepat berubah. Sebab dunia ni jambatan ke akhirat, pilih yang betul untuk destinasi syurga. Andai kita tak kuat,kita menjauhkan diri daripada yang tidak betul ada lah betul, supaya tidaklah kita semakin hari semakin jauh dari landasan yang betul. Dan tak boleh riak diri yang kita ni hebat dan dah cukup  dengan iman yang ada, kita kena berusaha supaya iman dan hidayah kita tetap dan hanya akan bertambah. Orang-orang yang kini tak berapa bagus pun,ada kemungkinn akan lebih baik dari kita. Apa-apa pun perbaiki diri, hiasi peribadi dan jangan berhenti mencari redha Allah, mendekatkan diri dengan Allah., jangan berputus asa.

.

.

Intipati tazkirah dari ustaz farid ariffin……

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan