Jenis Rezeki
Setiap daripada kita telah ditetapkan jenis rezeki oleh Allah dan ianya adalah berbeza-beza mengikut setiap manusia. Tanpa disedari, kesihatan yang baik serta umur yang panjang merupakan antara rezeki yang diberikan Allah kepada kita. Janganlah, kita merungut atau angkuh apabila dikurniakan rezeki. Sebagai manusia, kita hendaklah yakin dan percaya bahawa rezeki Allah itu amat luas. Kita boleh mengubahnya dengan usaha dan doa.
Ketahui 8 Jenis Rezeki Dari Allah :
1.Rezeki Yang Telah Dijamin
Kita tidak perlu terlalu bimbangkan urusan rezeki kerana Allah telah menjamin bahagian rezeki kita di dunia sejak berada di dalam kandungan lagi.
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
(Surah Hud : 6).
2.Rezeki Kerana Usaha
Walaupun kita sudah dijamin rezeki oleh Allah, namun bukan bermakna kita hanya duduk menunggu rezeki datang tanpa sebarang usaha.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39)
3.Rezeki Kerana Bersyukur
Allah sangat suka hamba-Nya yang bersyukur. Syukuri segala nikmat yang Allah kurniakan akan menjemput lebih banyak keberlimpahan rezeki.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).
4.Rezeki Tak Terduga
Terkadang ada juga rezeki yang datang tidak dijangka seperti kawan atau bos tiba-tiba belanja.
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan meadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).
5.Rezeki Kerana Istighfar
Dosa menjadi salah satu punca rezeki tersekat. Istighfar dan memohon keampunan atas dosa yang dilakukan akan membuka pintu rezeki.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
6.Rezeki Kerana Menikah
Jangan takut untuk bernikah atas faktor rezeki kerana Allah sudah menetapkan rezeki untuk hambaNya yang menikah.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).
7.Rezeki Kerana Anak
Saat anak lahir ke dunia, saat itu juga ia membawa rezeki. Allah juga sudah menetapkan rezeki utuk anak tersebut.
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).
8.Rezeki Kerana Sedekah
Saat bersedekah, Allah telah menjanjikan balasan sepuluh kali ganda daripada harta yang kita sedekah.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).
Mudah-mudahan bertambah rezeki untuk kita semua. Aamin….