Adab-Adab Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan kepada setiap muslim. Terdapat hadis yang mengatakan “Carilah ilmu walaupun di negeri Cina, kerana menuntut ilmu ialah suatu kewajipan.”

Apakah adab-adab ketika menuntut ilmu? Berikut adalah adab-adab ketika menuntut ilmu :

 

1. Niat yang betul

Menuntut ilmu adalah kewajipan, tidak kiralah ianya ilmu akhirat ataupun ilmu duniawi. Ikhlaskan niat kita menuntut ilmu kerana Allah SWT dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dunia. Allah SWT memberi amaran kepada mereka yang menuntut ilmu hanya untuk dunia semata-mata tetapi tidak memikirkan soal akhirat, maka nerakalah tempat mereka. Kita wajib menuntut ilmu, malah kedua-duanya sekali iaitu,ilmu duniawi dan juga ilmu akhirat.

 

2. Rajin berusaha dan sentiasa bertawakal

Kita mestilah sentiasa bertawakal kepada Allah SWT, kerana semua apa yang kita inginkan hanya Allah SWT yang akan makbulkan. Sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa, tekun dan yakin kepada Allah SWT adalah syarat yang harus dipenuhi dulu sebelum bertawakal kepadaNya. Untuk menghindarkan diri dari perasaan malas, membaca nota-nota kecil ataupun buku-buku yang nipis dan senang untuk dibawa kemana-mana.

 

3. Jauhilah maksiat

Cubalah untuk menjauhkan diri dari kehendak nafsu kita. Jangan ambil mudah soal maksiat, jauhilah ia. maksiat yang dimasudkan ialah maksiat mulut, telinga, mata, percakapan kita dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.  Ingatlah, dosa kecil sekalipun, jika selalu dilakukan akan menjadi dosa besar.

 

4. Memilih kawan yang betul

Pemilihan kawan adalah amat penting kerana merakalah yang akan sentiasa bersama kita selain daripada keluarga kita. Dan sekiranya kaan kita melakukan perkarayan tidak sepatutnya, cubalah untuk menasihati mereka. Kita akan lebih bersemangat untuk belajar jika kawan kita pun belajar bersama kita. Dan sekiranya terdapat perkara yang kita tidak faham, mungkin dia boleh menolong kita dan begitu jugalah sebaliknya.

 

5. Perbanyakkan Zikir

Mengerjakan solat lima waktu berjemaah dan juga amalkan wirid dan doa selepas mengerjakan solat. Wirid dapat menghidupkan kembali hati kita yang telah mati dan dapat mendatangkan perasaan kesedaran kepada kita untuk sentiasa bermuhasabah diri kita kepada Allah SWT.

 

6. Menjaga kehormatan

Jagalah kehormatan diri kita dan semestinya orang-orang yang dekat dengan kita. Allah meredhai orang yang sentiasa menyembunyikan ke’aiban diri mereka sendiri dan juga ke’aiban orang lain. Janganlah kita menzalimi orang lain, kerana selalunya doa mereka akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

 

7. Doa dan redha ibu bapa

Doa dan juga keredhaan orang ua kita adalah penting kerana, tanpa mereka siapalah kita ini. Keredhaan Allah SWT bergantung kepada redhanya ibu bapa kita kepada kita. Selagi mereka ada di dunia ini, sayangilah mereka, ambil tahulah mengenai keadaan mereka dan semestinya doakanlah kesejahteraan mereka tidak kira lah di dunia ataupun di akhirat.

 

8. Menghormati guru

Hormatilah guru kita, barulah terdapat keberkatan daripada apa yang disampaikan oleh mereka kepada kita. Ulama-ulama terdahulu sangat menghormati guru-guru meraka. Adakah kita juga sama seperti mereka? Peranan guru dalam konteks penyampaian ilmu adalah sangat penting, bahkan bukan hanya di sekolah, tapi di mana-mana sahaja, selagi dia bergelar seorang guru.

 

9. Beramal dengan ilmu yang diperolehi

Apabila kita memperolehi ilmu, kita haruslah beramal dengan ilmu tersebut. Seseorang itu akan dimasukkan ke dalam api meraka sekiranya dia tidak beramal dengan ilmu yang dimilikinya. Jadikanlah ilmu yang kita miliki sebagai benteng dan juga senjata bagi diri kita.

 

Ilmu adalah perkara yang wajib di cari untuk dituntut dan juga untuk diamalkan. Amalkan supaya ia memberi manfaat kepada kita dan juga orang lain. Insyaallah hidup kita akan mendapat keberkatan.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan