Adab Gengan Guru

Adab Gengan Guru

Adab

Ramai dalam kalangan pemuda berasa tidak perlu menjaga adab terutamanya dengan guru. Sebagai pelajar, mereka perlu mendidik diri, menjaga adab dan akhlak supaya ilmu diperoleh mendapat keberkatan serta kekal dalam diri. Kita sering mendengar isu permasalahan akhlak pelajar yang semakin menjadi-jadi tidak kira di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah. Oleh itu, disini terdapat beberapa adab yang patut dicontohi oleh semua murid terhadap guru.

1. Jangan Berburuk Sangka Kepada Guru

Sikap itu tidak perlu ada dalam diri seorang pelajar kerana kita tidak berhak menilai dan menghukum setiap perlakuan gurunya. Contohnya, jika seorang guru melakukan sesuatu perkara yang pada zahirnya menyalahi ilmunya maka hanya guru itu yang tahu akan segala perbuatannya. Ini kerana selagi perkara itu tidak menyalahi Islam, maka tidak perlu bagi kita untuk hilang rasa hormat dan tidak beradab ketika bersama guru.

2. Memberikan Salam Kepada Guru

Dahulu pelajar akan mengelak daripada bertembung dengan guru kerana perasaan takut dan hormat yang terlalu tinggi. Tetapi lain pula yang berlaku pada hari ini guru pula perlu memberi laluan kepada pelajar. Mereka beranggapan urusan bersama guru telah selesai apabila diluar bilik darjah. Jadi, budaya memberi salam kepada guru perlu dibaja dalam diri setiap pelajar supaya dapat mewujudkan suasana hormat- menghormati antara pelajar terhadap guru.

3. Jangan Banyak Bercakap

Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita perlu mengelak daripada bercakap-cakap dengan teman di sebelah. Ini akan menyebabkan kita tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru. Ini menyebabkan kita tidak dapat memahami perkara yang diterangkan oleh guru. Tambahan lagi, sikap bercakap ketika guru sedang mengajar di hadapan adalah sangat tidak beradab menurut Islam. Tetapi, lain pula dengan situasi hari ini yang dapat kita lihat ialah muri semakin mendominasi situasi kelas seolah-olah lebih berkuasa daripada guru.

4. Berdiri Apabila Guru Bangun

Kedudukan seorang guru itu sangat tinggi di sisi Allah. Maka bagi seorang pelajar yang beradab kita patut berdiri ketika guru berjalan ketika masuk dan keluar kelas. Kerana itu menandakan yang kita amat menghormati guru. Tetapi ada segelintir pelajar seolah-olah tidak kisah perihal bangun menghormati guru masuk dan keluar kelas. Mreka jugak tidak kisah akan cara-cara menghormati guru yang sepatutnya dipraktikkan jika berselisih dengan guru.

5. Jangan Menyangkal Kata-Kata Guru

Hal ini demikian kerana apabila kita sebagai pelajar membantah setiap nasihat dan teguran guru yang telah mencurahkan segala ilmunya, kita seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa kita sendiri.Contohnya, guru sedang menerangkan salah satu formula Matematik di dalam kelas, kemudian kita menegur bahawa formula yang diajar oleh guru itu salah di hadapan kawan-kawan sekelas.Perkara ini akan menjatuhkan air muka guru yang mungkin menjejaskan pekerjaannya sebagai guru.Ini kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan untuk membuat teguran kepada guru yang mungkin terlepas pandang bahawa berlaku sedikit kesalahan dalam sesi pengajarannya.

6 . Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru

Selain itu, jangan kita berbisik dengan orang di sebelah ketika guru sedang menyampaikan ilmu.  Jika berbisik di hadapan orang ketiga yang mungkin kawan kita juga akan menyebabkan dia tersinggung, apatah lagi pula jika berbisik di hadapan guru yang sedang mengajar di hadapan.Perkara tersebut mungkin akan menimbulkan prasangka buruk di dalam diri guru tersebut.Kesimpulannya, sebagai masyarakat yang melihat perkara ini kita perlulah memainkan peranan penting untuk memperbaiki isu ini dengan memberi teguran dengan cara yang betul. Kerana guru ibarat ibu bapa kita kerana mereka juga berusaha keras mendidik, membimbing, dan mengajar kita menjadi insan yang berguna.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan