Adab Menziarahi Pesakit Serta Doa Yang Perlu Diketahui

Menziarahi pesakit atau saudara-mara ialah perkara yang digalakkan kerana hal ini menunjukkan bahawa kita prihatin dan dapat mengeratkan silaturrahim tetapi perlulah secara beradab.

Adab Menziarahi Pesakit
Sumber: Anna Shvets (pexels.com)

Pendahuluan

Ziarah-menziarahi orang sakit amat digalakkan dalam Islam bagi mengeratkan silaturahim. Apabila menerima berita dari kenalan kita yang sakit, kita perlulah menziarahi mereka dan menunjukkan bahawa kita prihatin terhadap mereka. Sebagai seorang yang hidup bermasyarakat, kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita sebaik-baiknya.

Jika kita cakna terhadap orang lain pasti kita juga dibalas dengan kebaikan. Bukan kebaikan manusia sahaja tetapi juga disayangi oleh Allah SWT. Rasulullah saw bersabda, maksudnya :

“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah swt sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa”

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Adab-adab Menziarahi Pesakit

  1. Ziarah pada waktu yang bersesuaian
  2. Tidak mengambil masa yang lama
  3. Menundukkan pandangan daripada perkara yang tidak sepatutnya
  4. Tidak banyak bercakap yang membuatkan tuan rumah tidak selasa
  5. Menunjukkan keprihatinan kita terhadap pesakit
  6. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pesakit

Kelebihan Menziarahi Pesakit

Bersabda Nabi s yang bermaksud :

“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).

Kompilasi Doa-Doa Kepada Pesakit

Ketika menziarahi pesakit atau menerima berita kenalan kita sakit, maka ucaplah syakallah/ syafakillah yang bermaksud “Semoga Allah memberi kesembuhan untukmu” dan berdoa untuk kesembuhannya. Contoh doa-doa lain:

Doa ziarah orang sakit
khairatna.blogspot.com
Doa untuk pesakit
emmyshaklee.blogspot.com
Doa penyembuh penyakit
scrapbookyong.blogspot.com
Doa untuk orang sakit
alongwawaerna.blogspot.com
Doa menyembuhkan sakit seseorang
koleksidoa.wordpress.com

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan