Adab Membaca Al-Quran

Al Quran

Al-Quran adalah kalamullah yang mengandungi mukjizat serta kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril dan di turunkan sedikit demi sedikit sehingga sempurna 30 juzuk. Untuk menghidupkan Al-Quran dalam jiwa kita, kita perlu membaca, melihat makna dan tafsirnya dan cuba sedaya upaya untuk menghayati di dalam kehidupan seharian.

Hadis dari Rasulullah S.A.W. maksudnya :
“Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.”

Antara adab membaca Al-Quran adalah :

1. Membaca dalam Keadaan Suci /Berwudhu

  • Bukanlah buku biasa  kerana ia merupakan wahyu suci yang turun dari Allah
  • Pakaian, badan dan tempatnya harus bersih

2. Bersiwak / Mulut yang bersih

  • Memberus gigi terlebih dahulu
  • Pastikan mulut bersih dan bebas dari makanan

3. Mulakan dengan Ta’awwudz dan Basmallah

  • Mulakan setiap bacaan dengan A’uzubillahiminash syaiton nir rajim, diikuti dengan Bismilla hirahman nir rahim
  • Inilah yang membezakan antara Al-Quran dengan kitab lain

Allah telah berfirman, “Jika Engkau hendak membaca Al Qur’an maka mintalah kalian sebuah perlindungan kepada Allah dari syaithan yang terkutuk.” (An NAhl 98)

4. Doa terang hati

  • Membaca doa terang hati Nabi Musa sebelum memulakan bacaan

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku.” (Taha : 25-28)

5. Menutup aurat

  • Menutup aurat bagi menghormati kalimah suci yang sedang dibaca
  • Aurat lelaki ialah dari pusat ke lutut, manakala aurat wanita merangkumi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

6. Mengadap kiblat

  • Etika dalam membaca kitab suci
  • Digalakkan membaca dalam posisi mengadap kiblat

7. Tangan kanan

  • Sunnah Nabi mengambil Al-Quran menggunakan tangan kanan
  • Pegang dan bacalah menggunakan kedua dua tangan

8. Khusyuk

  • Membaca dengan perlahan-lahan dan tenang / tartil
  • Baca mengikut tertib tajwib yang diberi agar makna ayat yang diturunkan itu sampai ke hati

9. Tidak melakukan perbuatan lain

  • Baca dengan penuh keikhlasan tanpa ada melakukan perbuatan / perkara lain ketika sedang membaca (makan,bergurau,ketawa dan sebagainya)
  • Jika ada perkara penting hentikan bacaan pada tempat yang sesuai

10. Memahami maksud

  • Berusaha mendalami ayat yang dibaca

11. Menyimpan di tempat yang sesuai/tinggi

  • Selesai membaca disarankan menyimpan Al Quran di tempat yang tinggi agar tidak mudah dilangkah atau dirosakkan
  • Kitab yang perlu dipelihara dan dijunjung sebaik mungkin

Kesimpulannya

Wahai sahabat semua, marilah kita bersama sama membaca serta menghayati Al Quran supaya ia sentiasa hidup dalam harian kita. Dengan ini kita harus jadikan sebagai rutin harian kita dalam mencari keredaan Allah S.W.T . Warnailah hidup kita dengan amalan yang mulia ini. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya dan sentiasa mendapat keredaan dalam kehidupan seharian.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan