Amalan Yang Dibawa Selepas Mati

mati

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali 3 perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad).

3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati

1. Sedekah Jariah – iaitu harta yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

  • Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
  • Berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
  • Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
  • Mendirikan rumah “musafir khanah” untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
  • Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur’an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan “waqaf” dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk “Kementerian Waqaf di negara masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

2. Ilmu Yang Bermanfaat
  • Ilmu mempunyai banyak jenis. Contohnya ilmu dunia, ilmu akhirat dan ilmu hitam. Tapi yang x memutuskan amalan kita ialah ilmu yang memberi kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Ilmu seperti ini apabila diamal oleh orang yang masih hidup [ orang yang dididik oleh kita ] untuk kebaikan, kita pun sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang dapat menyelamatkan kita di dalam kubur. Contohnya membaca al- Quran. Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al – Quran, dan disebabkan apa yang di ajarkan itu membolehkan dia[ orang yang belajar ] membaca al-Quran dgn betul serta dapat bersolat, maka pahala kita sama seperti dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan dia mendalami ilmu – ilmu tersebut dengan orang lain.
3. Doa Anak-Anak Soleh
  • Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini. Supaya ibu bapa mendidik anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya. Dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

Jagalah jiwa dan persiapkan diri kita dengan amalan-amalan kebaikan untuk dibawa ke dunia selepas kematian.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan