Amalan Mulia Di Sisi Allah

Amalan Mulia Di Sisi Allah

Amalan bermaksud sesuatu yg dilakukan, dilaksana­kan ataupun dikerjakan sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan harian. Kehidupan seorang mukmin yang beriman sentiasa dihiasi dengan akhlak Islam, lidahnya sentiasa dibasah dengan berzikir dan sering memuji kebesaran Allah SWT.

Dalam keadaan apa sekalipun seseorang mukmin sentiasa berdoa dan lidahnya sentiasa memuji Allah SWT tanda bersyukur dan cinta kepada-Nya. Terdapat 7 amalan atau kalimat mulia disisi Allah dan malaikat, bila diucapkan maka Allah SWT  akan mengampunkan segala dosa-dosanya.

Sabda Rasulullah SWT yang maksudnya : ” Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampun dosa-dosanya walau sebanyak buih laut”

1. Sentiasa mengucap ‘Bismillah’ setiap kali melakukan sesuatu
  • Bermaksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
  • Rasulullah SAW  bersabda maksudnya :

 “Tiada daripada seorang hamba yang membaca “Bismillahir rohmanirrohim” melainkan hancurnya syaitan seperti hancurnya timah diatas api”.

” Barangsiapa yang membaca “Bismillahir rohmanir rohim” nescaya Allah akan ampunkan dosanya yang terdahulu”.

“Barangsiapa membaca “Bismillahir rohmanir rohim” ditulis namanya daripada kalangan orang-orang yang benar pada taatnya dan dilepaskan daripada sifat kufur dan nifaq (kafir dan munafiq)”.

“Sesungguhnya syaitan menganggap halal makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

” Barangsiapa ingin diselamatkan Allah dari malaikat Zabaniahyang berjumlah sembilan belas, hendaklah ia membaca”Bismillahirrohmanir rohim” Allah akan jadikan setiap hurufnya perisai untuk setiap malaikat Zabaniah.”

“Barangsiapa yang membaca “Bismillahir rohmanir rohim” sebanyak 21kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan,kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.”(Semuanya dengan izin Allah SWT)

2. Mengucap ‘Alhamdulillah’ setiap kali selesai membuat sesuatu
  • Segala puji bagi Allah
  • Tanda kita bersyukur kepada segala nikmat yang telah Allah kurniakan

Firman Allah SWT  maksudnya : “Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)” (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)

3. Mengucap ‘Astaghfirullah’ jika lidah tidak sengaja menyebut perkara yang tidak elok
  • Digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan menyebut ‘Astagfirullahaladzim’ bersama rasa menyesal di hati
  • Amalan harian Rasulullah dulunya beristighfar 100kali untuk mengelakkan lidahnya daripada menuturkan kata-kata buruk

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari dosanya.”

4. Mengucap ‘Insya Allah’ jika merancang membuat sesuatu
  • Membawa erti jika Allah mengkehendaki
  • Menunjukkan bahawa kita sebagai manusia terbatas daripada mengetahui apa yang bakal  berlaku pada masa ke depan

Firman Allah SWT maksudnya : ” Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ‘ Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ‘ , kecuali (dengan menyebut) ‘ Insya Allah ‘ . Dan ingatlah kepadaTuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ‘ Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini ‘. ” (Surah Al-Kahfi ayat 23-24)

5. Mengucap ‘La hawla wala quwwata illa billah’ jika menghadapi sesuatu tak diingini
  • Merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga,
  • Merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan
6. Mengucap ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ jika ditimpa musibah

Allah SWT. berfirman maksudnya : “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Rasulullah SAW  pernah bersabda yang bermaksud : “Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang Mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

7. Mengucap ‘La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah’

“Dari Ubadah bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud..”Barangsiapa bersaksi mengatakan LailahaillahMuhammadarrasulullah (Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah) maka Allah akan mengharamkan Neraka baginya..”

Rasulullah bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang berkata kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADARRASULULLAH  sebanyak 100 kali maka tatkala ia datang di hari kiamat dengan wajahnya seperti bulan purnama.”

“Rasulullah pernah bersabda maksudnya : “Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata. ‘Wahai Muhammad, apa erti kesusahan, sedangkan Allah s,w,t telah memberikan kepada umatmu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu :

Allah berfirman yang bermaksud ” Aku disisi hambaKu ialah Aku mengikut sangkaannya terhadapKu dan Allah tidak menyalahi sangkaan hamba terhadap-Nya.”

“Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak.”

“Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau, selagi mana nyawanya belum sampai ke kerongkong”

“Barangsiapa datang kepada Allah dengan membawa dosa sepenuh bumi maka jika ia menyebut LAILAHAILLAH MUHAMMADARASULULLAH , maka nescaya Allah akan mengampuninya.”

“Allah s.w.t menghapuskan dosa-dosa mereka yang sudah mati dengan sebab do’a orang-orang yang masih hidup.”

Sama samalah kita mengamalkan kalimat yang mengandungi fadilat dan kelebihan yang sangat besar untuk di dunia mahupun di akhirat. Amalan ini sangatlah mulia dalam mendapat keredaan Allah dan merupakan tanda syukur kita kepada Allah SWT

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan