7 Surah Pendek Yang Senang Dihafal Untuk Mereka Yang Baru Memulakan Hafalan

Setiap umat Islam perlulah berazam untuk menghafal al-Quran dalam diri kerana ia dapat membimbing jiwa dan akal fikiran seseorang namun perlulah secara berguru.

 

Cara Menghafal Al-Quran Dengan Mudah
Sumber: Tayeb Mezahdia

Surah-surah Pendek Yang Mudah Dihafal

Surah Al-Mulk

Surah ini biasanya diamalkan pada setiap malam kerana banyak kelebihannya. Jika kita membacanya kerap kali pasti kita mudah untuk mengingati setiap ayat dalam surah al-Mulk.

Anda boleh mengambil peluang untuk menghafal surah ini setiap kali sebelum tidur. Ambil tiga hingga lima ayat untuk dihafal. Apabila sudah lancar, anda boleh menghafal tiga hingga lima ayat yang seterusnya pula.

Surah ini mudah, mempunyai sebanyak 30 ayat dan merupakan surah yang ke-67 dalam Al-Quran. Ia juga merupakan salah satu surah yang diturunkan di Mekah.

Al-Mulk yang bermaksud kerajaan mempunyai isi kandungan yang sungguh unik seperti mengenai hidup dan mati sebagai ujian untuk manusia serta kekuasaan Allah adalah yang Maha Agung.

Surah Ar-Rahman

Surah yang kedua pula ialah surah Ar-rahman di mana mengandungi 78 ayat, agak panjang kerana mempunya sebanyak 78 ayat, namun setiap satu-satunya pendek memudahkan lagi kita untuk menghafalnya. Ia merupakan surah ke-55 dalam Al-Quran dan isi kandungannya menceritakan mengenai rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Dalam 78 ayat ini, sebanyak 31 kali ayat yang sama diulang pada surah ini kerana ia mempunyai erti yang amat dasyat bagi menyedarkan kepada kita semua mengenai erti syukur akan kurniaan Allah.

Surah Yassin

Surah ini merupakan surah yang ke-36 dalam Al-Quran dan mempunyai sebanyak 83 ayat.

Ia sering dibaca terutamanya dalam bacaan tahlil atau untuk disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia kerana banyak manfaat yang diperoleh.

Jika kita mengamalkan surah Yasin pada setiap pagi atau setiap malam jumaat pasti dapat membantu kita untuk mengingati surah yassin kerana sentiasa diulang.

4 Qul

4 Qul cukup terkenal dalam kalangan kita kerana ayatnya yang pendek dan ringkas memudahkan lagi penghafalan. Bahkan, 4 Qul sudah mula dihafal oleh anak-anak kecil sewaktu di bangku sekolah lagi kerana ia merupakan antara surah terawal yang akan diajar.

1. Surah Al-Kafirun – Ia bermaksud orang-orang kafir. Ia merupakan surah ke-109 dan mengandungi enam ayat.

Surah ini diturunkan di Mekah pada waktu penyebaran Islam kerana kaum kafir Quraisy tidak berhenti menentang ajaran dakwah Rasulullah dengan memberikan ancaman berat kepadanya.

2. Surah Al-Ikhlas – Ia merupakan surah ke-112 dalam Al-Quran dan mempunyai sebanyak empat ayat.

Surah ini mengandungi ketauhidan kepada Allah dengan mengakui keesaan Allah dan kekuasaanNya.

3. Surah Al-Falaq – Ia adalah surah yang diturunkan di Mekah dan mengandungi sebanyak lima ayat.

Surah yang kedua terakhir dalam Al-Quran ini diriwayatkan diturunkan ketika Baginda SAW menghadapi masalah terkena sihir oleh seorang Arab Yahudi sehingga mengakibatkan Baginda sering berasa was-was. Disebabkan itu Allah menuruNkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.

4. Surah An-Nas – Ia adalah surah terakhir di dalam Al-Quran yang diturunkan bersama dengan surah Al-Falaq.

Surah ini mengandungi enam ayat ringkas yang juga boleh dibaca ketika meminta perlindungan Allah agar dilindungi daripada bisikan syaitan.

Cara-cara Mudah Menghafal Dan Ingat

  1. Meluruskan niat
  2. Melaksanakan solat hajat
  3. Memohon doa dari guru-guru
  4. Yakin dengan keinginan untuk menghafal
  5. Memperbaiki bacaan
  6. Selalu berdamping dengan al-Quran
  7. Pengulangan dan pembahagian halaman untuk hafalan
  8. Menggunakan satu jenis mushaf al-Quran
  9. Mengulangi bacaan
  10. Mempunyai matlamat untuk menghafal dan membuat jadual hafalan
  11. Membaca hafalan di hadapan guru tasmik
  12. Banyak mendengar audio bacaan dan mengulanginya
  13. Istiqomah

Doa Hafal Al-Quran

 

Doa Menghafal Al-Quran

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan