Setiap manusia mempunyai identiti yang tersendiri dan mengapa ia penting?
Menurut Islam, hidup kita bukan hanya sekadar makan dan tidur sahaja tetapi khalifah Allah di atas muka bumi ini yang mana kita perlu melakukan amar makruf nahi mungkar demi akhirat nanti. Setiap amalan yang dilakukan di atas muka bumi ini dicatat dan dihitung pada hari pembalasan.
Namun begitu, tidak semua yang mengetahui matlamat hidup, masih lagi ramai yang tercari-cari identiti mereka aatau dengan kata lain apa yang mereka kejarkan. Oleh sebab itu, mengenal diri sendiri adalah penting dan diperintahkan oleh Allah untuk kita sentiasa tahu tujuan hidup kita.
Rasul sendiri mengingatkan bahawa mengenal diri sendiri adalah langkah pertama dalam mengenal Allah SWT sebagai Tuhan seluruh alam (baca kisah teladan Nabi Muhammad SAW dan keutamaan cinta kepada Rasulullah bagi umat muslim). Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis berikut ini:
“Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya, dan barangsiapa yang mengenal Tuhannya maka binasalah (fana) dirinya.
Cara Mengenal Diri Menurut Islam
Mengamati diri sendiri
Setiap manusia hendaklah meneliti dirinya sendiri dan memikirkan tujuan hidupnya dan mengapa dia dicipatakan. Jika diamati dirinya sendiri ia membolehkan dia merasa bahawa terdapat jiwa atau roh di dalam tubuh dan pada bila-bila masa sahaja rohnya akan dicabut. Dengan tubuh yang diciptakan adalah untuk melaksanakan tanggungjawab wajib kepada Allah SWT.
Mengetahui hakikat penciptaannya
Manusia diciptakan dengan suatu tujuan dan hakikat tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah dan mengabdi kepada Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam firman Allah berikut ini (baca tujuan hidup dalam islam dan hakikat penciptaan manusia)
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (saja)” (QS. Adz-Dzaariyaat: 56).
Bersyukur kepada Allah SWT
Dengan mensyukuri nikmat Allah SWT seorang manusia dapat mengenali dirinya dengan baik dan mengenal Allah SWT. Mereka yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan akan sentiasa menyedari bahawa setiap nikmat itu datangnya dari Allah SWT sedangkan dia tidak punya apa-apa di atas muka bumi ini. Malah, tubuh dan dirinya juga adalah milik Allah. Perintah untuk mensyukuri nikmat Allah tersebut dijelaskan dalam ayat Al-Qur’an berikut
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (QS Ibrahim : 7)
Mengetahui kedudukannya
Allah SWT menciptakan manusia dan menjadikannya khalifah di muka bumi. Mereka yang menyedari diri mereka ialah khalifah akan sentiasa mengingati tanggungjawab mereka di atas muka bumi ini. Dengan mengingat tanggungjawabnya sebagai khalifah maka dia akan berbuat baik terhadap orang lain dan alam sekitarnya dengan baik dan menjaga segala sesuatu sesuai dengan hakikatnya. Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah SWT (baca konsep penciptaan manusia dan hakikat manusia menurut islam)
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Qs Al Baqarah : 30)
Cara lain:
Menganalisis diri
Salah satu cara untuk mengenal diri sendiri ialah menganalisis diri dengan cara menyenaraikan segalanya tentang diri kita sama ada dari segi minat, kerjaya, pencapaian dan matlamat hidup. Setiap pertanyaan juga perlu ditulis agar kita dapat mengetahui apa yang kita inginkan dari kehidupan dan tujuan hidup kita.
Membuat jurnal
Tujuan membuat jurnal adalah dengan banyak menulis kita akan lebih mengenali diri kita sendiri. Kita dapat melihat reaksi kita dan merefleks diri sendiri. Semakin banyak yang kita luahkan dalam jurnal, akan membuatkan otak kita mengeluarkan banyak idea. Selain itu, kita juga akan lebih mengetahui apa yang kita gemar, hobi dan sebagainya. Pelan pekerjaan juga membantu hidup seseorang itu lebih tersusun. Anda dapat dengan mudah terlibat dalam refleksi diri dan mengetahui pola pikir dan proses berpikir Anda. Ini juga membantu Anda dalam membaca reaksi Anda dan mengenali ide dan tujuan Anda.
Ketahui kekuatan dan kelemahan diri
Selain itu, kita perlu menyenaraikan kekuatan dan kelemahan diri kita supaya dengan kelebihan yang kita ada tersebut dapat dicungkilkan demi masa hadapan, bukanlah dipendam dek kerana malu dan malas manakala kelemahan pula untuk diubah ke arah yang lebih baik. Apa yang kita mahu pasti kita akan dapat jika terus berusaha. Dengan cara itu, kita dapat mengenali tahap diri kita. Amati dan nilai bidang yang Anda kuasai dan bidang yang kurang Anda miliki. Ini tidak hanya akan membantu Anda dalam menentukan tujuan hidup Anda, tetapi juga akan membantu Anda dalam mengidentifikasi keterbatasan Anda dan mengatasinya.
Mengenal diri zahir dan batin
Diri manusia terdiri daripada 2 bahagian iaitu zahir dan batin. Zahir ialah dari segi fizikal bermula dari terjadinya kita daripada sperma dan zigot sehingga menjadi manusia cukup anggota badan. Kita boleh mendengar, melihat, menyentuh dan berfikir. Hal ini jika dikaji akan membuatkan kita kagum dengan kekuasaan Allah SWT. Allah sahaja pencipta kita dan juga seluruh semesta alam. Selain itu, batin pula ialah ruh yang ada di dalam diri kita. Sebelum kita mengenal allah kita boleh mengenal diri kita dahulu dengan cara melihat ke dalam kalbu kita iaitu sifat baik dan buruk tersebut.
Mengingat tujuan penciptaan
Mengapakah kita dilahirkan ke dunia ini? Mengapa Allah mencipta kita? walaupun banyak ujian yang dilalui tetapi kita masih mampu bertahan. Hal ini kerana kita ialah khalifah Allah di muka bumi ini. Tujuan kita hidup bukan hanya semata-mata hidup tetapi kita perlu beriman kepada Allah SWT dan setiap yang kita hadapi di atas muka bumi ini dengan tidak melanggar perintah Allah, Kita akan mendapat ganjaran di syurga Allah.