5 Perkara Perlu Cakna Dalam Mentaati Ibu Bapa Untuk Menjadi Anak Yang Soleh

Allah memerintahkan hamba-hambaNya untuk mentaati ibu bapa asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar dan sanggup mengorbankan diri, nyawa dan harta dalam menjaga anak-anak.

Mentaati Ibu Bapa
Sumber: August De Richelieu (pexels.com)

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Luqman, 31:14)

5 Perkara Dalam Mentaati Ibu Bapa

1. Tidak melawan kata-kata mereka

Setiap yang dilarang oleh ibu bapa pasti ada sebabnya tersendiri. Dengan didikan dari mereka dapat mendidik kita menjadi masyarakat yang berguna. Jika kita membuat kesalahan dan ditegur, terimalah teguran dari mereka dengan hati terbuka. Hal ini kerana mungkin mereka ingin yang lebih baik dan supaya kita dapat membaiki diri ke arah yang lebih baik.

2. Tidak Menderhakai Ibu Bapa

Allah paling murka terhadap mereka yang menderhakai kedua orang tuanya. Contoh-contoh anak yang derhaka ialah melawan kata-kata mereka, mengugut dan tidak menghormati mereka.

Banyak di media sosial tentang berita-berita anak membunuh ibu bapa sendiri, mengugut untuk meminta wang dan mendera ibu bapa sendiri. Mengapakah berlakunya sedemikian bahawa kita tahu syurga anak itu terletak di bawah kaki ibu. Oleh yang demikian, anak-anak dinasihati supaya menjadi anak yang soleh dan boleh membantu mereka di masa hadapan kelak. Allah juga menjanjikan syurga kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapanya.

3. Sedekahkan Amalan Soleh Kepada Ibu Bapa

Jika Kedua ibu bapa sudah meninggalkan kita, sedekahkan segala amal jariah kita di dunia seperti memberi sedekah kepada mereka yang kurang mampu dan amal-amal ibadah yang kita lakukan. Selain itu, kita juga perlu sedekahkan Yassin kepada setiap malam jumaat agar roh ibu bapa kita tenang.

4. Sentiasa bercakap lemah-lembut dan sopan

Setiap kali kita bercakap dengan mereka perlu menggunakan bahasa yang sopan dan tidak kasar. Hal ini bagi mengelakkan hati mereka terguris dan sebagai tanda kita menghormati mereka. Begitu juga, menghina ibu bapa sehingga menitiskan air mata mereka akibat kederhakaan anak-anak adalah antara salah satu dosa besar.

Sesetengah dari generasi kini suka melayan ibu bapa mereka seperti berbual dengan rakan yang tiada langsung rasa hormat dan terkeluar bahasa-bahasa yang agak kurang enak. Oleh sebab itu, didikan yang baik amat penting agar dapat melahirkan anak yang soleh.

5. Menghargai Jasa Mereka Sehingga Dewasa

Walaupun kita sudah dewasa dan tidak memerlukan jagaan ibu bapa, namun sudah tiba waktu kita pula yang membalas jasa pengorbanan mereka selama ini. Mereka juga sudah tidak kuatdan semakin meningkat usia. Maka, kita boleh membantu mereka seperti menyediakan makanan, memberi dorongan dari segi kekuatan dan menjaga mereka ketika sakit.

Begitu juga, kita mempunyai tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada mereka walaupun sudah berkahwin. Tanggungjawab kita sebagai anak tidak boleh dilepaskan.

Contoh-contoh Anak Yang Derhaka

  1. Menghantar mereka ke rumah jagaan orang tua
  2. Mengatakan AH ketika disuruh

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Surah al-Isra’ 17:23)

  1. Tidak melayani ibu bapa dengan baiki
  2. Tidak mengaku bu bapa
  3. Melupakan kedua ibu bapanya setelah berjaya

Akibat Menjadi Anak Derhaka

  1. Menerima azab api neraka
  2. Hidup tidak diberkati oleh Allah SWT
  3. Institusi kekeluargaan musnah

Apabila hubungan anak-anak dan ibu bapa tidak erat, maka institusi sesebuah kekeluargaan itu akan musnah. Penting untuk ibu bapa memainkan peranan dalam sebuah keluarga tersebut supaya anak berlmebut hati dan tidak mempunyai sikap degil dalam diri.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan