Ciri-ciri Isteri Derhaka Kepada Suami Penyebab Jauh Bau Harumnya Syurga

Gelaran isteri derhaka ditujukan kepada isteri yang tidak menghormati suaminya sedangkan syurganya terletak di bawah kaki suami manakala isteri yang solehah ialah isteri yang sentiasa mentaati dan menghormati suaminya dengan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak diizinkan suaminya.

Ciri-ciri Isteri Derhaka
Sumber: Trung Nguyen (pexels.com)

Ciri-ciri Isteri Derhaka

Tidak Taat Pada Suami

Ciri-ciri pertama seorang isteri derhaka ialah mereka yang tidak mentaati suaminya. Dengan mentaati si suami dapat mengeratkan lagi kasih sayang dan hubungan antara pasangan. Contohnya, setiap perbuatan yang dilarang atau disuruh perlulah ditaati oleh isteri kecuali suaminya menyuruh melakukan sesuatu yang luar dari syarak. Hal ini kerana suami mempunyai hak ke atas isterinya supaya rumah tangga terjaga dan elak daripada perkara-perkara buruk berlaku.

Tambahan pula, isteri perlulah melayani suaminya dengan baik dan tidak mengkhianati suami dengan berhubungan dengan lelaki lain. Terdapat banyak kes pasangan suami isteri curang antara satu sama lain. Hal ini berlaku kerana kedua-duanya tidak menghormati dan mementingkan antara satu sama lain. Oleh itu, isteri perlulah sentiasa taat pada suaminya manakala suami pula perlu menghormati isterinya.

Melarang Kebaikan Yang Dibuat Oleh Suami

Isteri yang derhaka adalah apabila mereka melarang suaminya melakukan kebaikan seperti menolong orang tua atau memberi wang kepada kedua-dua orang tua mereka. Sudah terang lagi bersuluh,

Terlalu Sibuk Dengan Kegiatan Luar

Si isteri perlulah meminta izin kepada suami dan berbincang dengan elok sebab perlu keluar. Hal ini dapat menjaga keselamatan isterinya daripada bahaya luar dan mengetahui kegiatan semasa isterinya. Suami juga perlulah membenarkan isterinya melakukan perkaara-perkara yang diminati isterinya melainkan tidak melanggar syarak. Tidak salah jika isteri ingin melakukan kegiatan atau aktiviti luar namun perlulah mereka meminta izin kepada suami.

Tidak Menyukai Keluarga Suami

Apabila digelar suami isteri, kedua-dua pihak perlulah menerima baik buruk keluarga masing-masing. Apabila menyatakan persetujuan dan mempunyai ikatan yang sah, ia hanya bukan bertujuan menyatukan dua insan sahaja tetapi juga menyatukan kedua-duaa belah keluarga. Hubungan antara keluarga juga sangat penting bagi menjaga kehormatan si isteri dan juga suami. Hal ini juga untuk mengelakkan pegaduhan berlaku dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Oleh yang demikian, setiap keburukan perlu ditempuh dengan sabar dan tabah. Jika berlaku perselisihan faham, perlulah dibincang dengan baik antara satu sama lain.

Tanpa kita sedar bahawa hal ini juga banyak berlaku dalam rumah tangga suami isteri. Isteri merasakan suaminya lebih kepada keluarganya dan tidak merasa cukup kasih sayang dari suaminya. hal ini menyebabkan isteri berasa cemburu terhaadap suaminya. Oleh itu, perkara ini perlu dielakkan dan suaminya perlu melayani sama rata dan mendahului isterinya. Contohnya, dari segi perbelanjaan dan kepentingan. Jika hal ini dapat dijaga, maka tidak akan berlaku pertelingkahan rumah tangga.

Tidak Menjaga Perasaan Suami

Isteri yang baik ialah mereka yang sentiasa menenangkan hati suami apabila dalam kesusahan, menunjukkan muka yang ramah serta melayan suami dengan baik tanpa mencemuh sedikit pun. Mereka juga tidak boleh mengkritik atau berkata dengan kata-kata kasar.

Hilangnya Rasa Qonaah Dalam Diri Isteri

Hilang Qonaah bermaksud isteri sentiasa berasa kurang terhadap kesemua yang telah dilakukan oleh suaminya seddaya upaya. Namun, isteri tidak bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh suaminya. Hal ini akan membuatkan reda isteri itu hilang kerana tidak menghargai usaha suaminya malah merendahkannya.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan