3 Wanita Solehah Yang Perlu Dicontohi Oleh Semua Wanita

Sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah yang sentiasa mentaati segala perintah Allah dan menjaga maruah dirinya kerana mereka adalah diantara wanita-wanita yang paling baik dimata Allah.

 

Ciri-ciri wanita solehah
Sumber: Mostera (pexels.com)

Wanita Suri Teladan Ummah

Setiap wanita pasti ada idolanya tersendiri. Siapakah yang patut dijadikan idola kepada ramai wanita yang dapat menjadikan kita wanita yang solehah?

Sayidatina Khadijah RA

Nama sebenar Sayidatina Khadijah ra ialah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdu ‘Uzza bin Qusai berketurunan bangsawan Quraisy daripada suku Bani Asad. Beliau mendapat gelaran Al-Thohirah yang bermaksud suci maruah diri.

Beliau seorang ahli perniagaan yang kaya, berjaya dan bertakwa. Sayidatina Khadijah ra ialah isteri pertama Rasulullah SAW dan wanita pertama yang memeluk Islam. Beliau seorang bijak bertindak dan mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi.

Beliau menggunakan hartanya untuk membantu umat Islam termasuklah sewaktu Bani Hashim dipulau oleh Musyrikin Mekah. Pada saat kematian pula, beliau banyak membelanjakan harta ke jalan Allah. Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada suaminya.

Oleh itu, kita sebagai seorang wanita Muslim perlulah mencontohi Sayidatina Khadijah ra sebagai wanita yang menjaga maruah, berbelanja di jalan Allah dan tidak boros serta menjaga suami sebaik-baiknya.

Sayidatina Aishah RA

Nama sebenar Sayidatina Aishah ra ialah Aishah Binti Abu Bakar yang berketurunan bangsawan Quraisy dari suku Bani Tamim.

Antara ilmu yang dikuasai ialah al-Quran, hadis, bahasa Arab, syair dan perubatan. Beliau difitnah oleh golongan munafik dalam peristiwa Haditsulifki, lalu menyerah diri kepada Allah. Akhirnya turun ayat al-Quran yang membersihkan beliau daripada fitnah. Beliau sangat dermawan dan akan memberikan apa sahaja dalam tangannya. Belia pernah memberi kurma kepada seorang wanita dan anaknya walaupun hanya kurma itu sahaja makanannya yang ada.

Sumbangan beliau ialah meriwayatkan tidak kurang 2210 hadis Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang, menjadi tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW terutama dalam hal wanita dan keluarga serta pakar dalam pelbagai bidang ilmu.

Oleh itu, kita pemuda wanita hendaklah mencontohi Sayidatina Aishah yang banyak menceburi pelbagai ilmu agama, selalu bertanya dan mencari guru serta amalkan sikap suka bersedekah.

Sayidatina Fatimah RA

Nama sebenar beliau ialah Sayidatina Fatimah Binti Muhammad yang berketurunan Quraisy, puteri bongsu Rasulullah SAW dan Sayidatina Khadijah. Beliau berkahwin dengan Sayidina Ali bin Abi Talib. Beliau menerima gelaran sebagai Az-Zahra iaitu putih berseri.

Selain itu, beliau seorang yang penyayang dan taat kepada ayahandanya serta reda dan tabah. Beliau menyokong perjuangan ayahnya dan menguruskan kehidupan ayahnya dengan baik seperti dalam hal makan dan minum selepas kematian ibunya. Beliau digelar Ummu Abiha yang bermaksud ibu kepada bapanya. Kita perlu mencontohi beliau sebagai seorang anak yang tidak pernah penat dalam menolong makan minum dan menjaga ayah kita. Beliau memberi sokongan kepada Rasulullah SAW sewaktu tentangan kafir Quraisy.

Tambahan pula, beliau juga mengambil berat terhadap ayahandanya dengan menguruskan keperluan harian dan berjaya mendidik anak-anaknya yang soleh. Kita sebagai seorang anak perlulah menjadi anak yang solehah dan sentiasa berbakti kepada ibu bapa.

Taat kepada Allah dan RasulNya

  • Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam melebihi dari segala-galanya
  • Wajib menutup aurat
  • Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
  • Berbuat baik kepada dua ibubapa
  • Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
  • Bersikap baik terhadap jiran tetangga

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan