Doa Untuk Menghilangkan Rasa Putus Asa

Doa Untuk Menghilangkan Rasa Putus Asa

Doa merupakan senjata utama bagi umat islam. Maksud yang didefinisikan oleh al-Imam al-Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan pemurahNya. (Sya’n al-Dua’)

Ujian dalam kehidupan

Setiap makhluk di atas muka bumi ini tidak pernah lari daripada ujian dan itu merupakan lumrah kehidupan. Di dunia ini bukan hidup untuk bersenang-lenang tetapi adalah untuk diuji. Allah telah berfirman:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah Al-Ankabut, 29:2)

Setiap kali kita mendapat ujian mesti kita merasa tidak tenang sehingga satu tahap kita hampir berputus asa. Ketika ini kita amat memerlukan seseorang untuk memberi kekuatan atau semangat untuk terus berdiri. Namun kita perasan ataupun tidak, ia hanya sementara dah kita akan kembali merasa tidak tenang.

Hakikatnya, kita lupa bahawa hanya Allah yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan hati kepada diri kerana hanya Allah yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Ia tidak bermaksud salah untuk kita mencari orang lain, namun janganlah kita meletak sepenuh pengharapan kepada mereka kerana manusia juga hamba yang tidak lari dari ujian.

Ujian itu datangnya daripada Allah dan setiap penyelesaainnya juga ada padaNya. Selain menunaikan solat, kita juga boleh mengamalkan sebuah doa yang mampu mengembalikan semangat pada diri kita. Ia boleh dibaca setiap kali merasa sedih dan putus asa atau selepas solat bagi menambah kekuatan buat anda menghadapi hari-hari yang mendatang.

فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ ۚ وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Mafhum: “(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya.” (Surah Ghafir, 40:44)

Sumber: tzkrh.com

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan