Fadhilat Surah Yassin Jika Mengamalkannya Pada Waktu Pagi Dan Malam

Surah Yassin sibbaiknya diamalkan pada waktu pagi agar dikurniakan rezeki Allah pada hari tersebut dan merupakan hati kepada Al-Quran.

Fadhilat Surah Yassin
Sumber: sinarharian.com.my

Pengenalan Surah Yassin

Surah Yassin ialah surah yang ke-36 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya-sin. Surah Yaasin merupakan hati al-Quran. Kebiasaanya umat Islam akan membaca Surah Yaasin setiap malam jumaat dan jika berlaku kematian atau ingin membacanya untuk Si Mati.

Surah Yaasin juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’ iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar. Terdapat banyak kelebihan yang kita peroleh dari membaca Surah Yaasin. Kita digalakkan menjadikan amalan rutin harian dan disyorkan membacanya slepas dhuha supaya rezeki melimpah ruah.

Fadhilat-fadhilat Mengamalkan Surah Yaasin

Ibarat Khatam 10 Kali Al-Quran

Menurut sabda Nabi Muhammad SAW, siapa membaca surah Yassin satu kali, sama dengan membaca Al-Quran sehingga khatam sepuluh kali, siapa membiasakan membaca surah Yaasin setiap malam sampai mati, maka termasuk mati syahid.

Mendapat Kebahagiaan

Selain itu, jika dibaca pada waktu pagi akan mendapat kebahagiaan sehingga petang manakala jika dibaca waktu petang mendapat kebahagiaan sehingga pagi keesokannya.

Diringankan Seksa Kubur

Fadhilat yang ketiga ialah jika dibaca untuk orang yang akan meninggal dunia, maka kematiannya dilambatkan sehingga malaikat Ridwan datang dengan maksud memberi kegembiraan kepada orang yang akan meninggal manakala jika dibaca untuk mayat di dalam kubur maka diringankan seksa kuburnya.

Hajat Dimakbulkan

Surah Yassin juga sebagai pelindung rumah. Surah Yassin digalakkan dibaca waktu pagi, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.

Diampunkan Dosa

Siapa yang membaca Surah Yaasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampuni dan sesiapa yang membacanya setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, dia akan mati dalam keadaan mati syahid. Siapa membaca Surah Yassin, ia akan diampuni.

Fadhilat Lain

  1. Jika membacanya saat lapar, dia tidak akan berasa lapar kemudiannya.
  2. Memjumpai jalan keluar jika tersesat di sesuatu kawasan manakala kalau kehilangan binatang, dia akan menjumpainya semula.
  3. Bila seseorang itu membacanya kerana takut kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi.
  4. Membacanya kepada orang yang menghadapi sakaratul maut, akan dimudahkan baginya.
  5. Jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan proses peranakannya.
  6. Jikalau seseorang membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.

Khasiat-khasiat Lain

Ayat 58: سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Ertinya:
[Kepada mereka dikatakan]: “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. (Yasin:58)

  • Dapat menenagkan hati dan melegakan tempat sakit dengan menggosok 7 kali pada tempat sakit.

Ayat 76: فَلَا يَحۡزُنكَ قَوۡلُهُمۡ‌ۘ إِنَّا نَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَ

Ertinya:
“Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu. Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka nyatakan.” (Yasin:76)

  • Dapat menenangkan hati dengan menggosok jantung sambil membacanya

Ayat 82: إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ

Ertinya:
“Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Yasin:82). Untuk mengubati kanser.- Sembahyang tahjud- Sembahyang hajat- Doa minta hajat.- Baca ayat 100x dengan yakin.- Amalkan 41 malam.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan