Fadhilat Surah Yassin

Surah Yasin ialah surah yang ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya-sin. Surah Yaasin merupakan hati al-Quran. Kebiasaanya umat Islam akan membaca Surah Yassin setiap malam jumaat dan jika berlaku kematian atau ingin membacanya untuk Si Mati.

Surah Yassin juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’ iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar. Terdapat banyak kelebihan yang kita peroleh dari membaca Surah Yaasin. Kita digalakkan menjadikan amalan rutin harian dan disyorkan membacanya slepas dhuha supaya rezeki melimpah ruah.

 

Fadhilat Surah Yassin
Sumber: sinarharian.com.my

 

Kelebihan-kelebihan Surah Yassin

 

Menurut sabda Nabi Muhammad saw, siapa membaca surah Yaasiin(Yasin) satu kali, sama dengan membaca Alqur’an sampai khatam(selesai)sepuluh kali, siapa membiasakan membaca surah Yaasiin setiap malam sampai mati, maka termasuk mati syahid.

Selain itu, jika dibaca pada waktu pagi akan mendapat kebahagiaan sehingga petang manakala jika dibaca waktu petang mendapat kebahagiaan sehingga pagi keesokannya. Jika dibaca untuk orang yang akan meninggal dunia, maka kematiannya dilambatkan sehingga malaikat Ridwan datang dengan maksud memberi kegembiraan kepada orang yang akan meninggal manakala jika dibaca untuk mayat di dalam kubur maka diringankan seksa kuburnya. Surah Yaasin juga sebagai pelindung rumah. Surah Yaasin digalakkan dibaca waktu pagi, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.

Siapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampuni dan sesiapa yang membacanya setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, dia akan mati dalam keadaan mati syahid. Siapa membaca Surah Yassin, ia akan diampuni, siapa saja yang membaca saat kelaparan, maka akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala saat tersesat, akan menjumpai jalannya kembali, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya lagi, dan bila seseorang itu membacanya karena takut kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi sakaratul maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya. Di samping itu, Jikalau seseorang membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. Wallahualam.

 

Khasiat-khasiat Lain

 

Ayat 58: سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Artinya:
[Kepada mereka dikatakan]: “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. (Yasin:58)

  • Dapat menenagkan hati dan melegakan tempat sakit dengan menggosok 7 kali pada tempat sakit.

Ayat 76: فَلَا يَحۡزُنكَ قَوۡلُهُمۡ‌ۘ إِنَّا نَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَ

Artinya:
“Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu. Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka nyatakan.” (Yasin:76)

  • Dapat menenangkan hati dengan menggosok jantung sambil membacanya

Ayat 82: إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ

Artinya:
“Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Yasin:82). Untuk mengubati kanser.- Sembahyang tahjud- Sembahyang hajat- Doa minta hajat.- Baca ayat 100x dengan yakin.- Amalkan 41 malam.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan