Kesan-kesan Yang Membuktikan Fitnah Lebih Dahsyat Daripada Membunuh

Fitnah lebih dahsyat daripada membunuh dan jika dibiarkan terlalu lama dalam satu masyarakat akan menjadi semakin parah kerana fitnah boleh menghancurkan ummah.

Doa terhindar dari fitnah
Sumber: mohamadzakihalim.com

Fitnah bermaksud tuduhan yang diada-adakan sama ada ia berbentuk gambar, berita, kisah-kisah dan sebagainya yang boleh memburukkan atau memusnahkan seseorang individu, sesebuah institusi atau kumpulan dan seumpamanya.

Berdasarkan wikipedia pula ialah fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.

Firman Allah SWT dalam surah al – Hujurat ayat 6:

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Dua kali hal fitnah diungkapkan di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah  ayat 191 dan 217:

“Dan fitnah lebih sadis daripada pembunuhan.” (QS. Al-Baqarah: 191)

“Dan fitnah lebih besar daripada pembunuhan.” (QS. Al-Baqarah 217)

Kesan-kesan

Terhadap Individu

  • Menjatuhkan maruah individu
  • Menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun, berbunuhan antara sesuatu individu yang bertelagah.

Terhadap Keluarga

  • Menyebabkan keluarga sukar untuk saling memahami antara satu sama lain
  • Hubungan antara keluarga sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak mesra, sering bertelagah, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak.

Terhadap Masyarakat

  • Masyarakat menjadi tidak muafakat
  • Enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan
  • Perbalahan antara komuniti
  • Saling memburukkan antara pelbagai pihak
  • Kemajuan masyarakat menjadi lembab
  • Wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk
  • Persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda.

Saranan Dari Al-Quran Menghadapi Fitnah

  1. Bersangka baik terhadap semua manusia
  2. Mencari asal-usul atau bukti berita dahulu
  3. Sentiasa ambil peduli terhadap fitnah yang berlaku dan jangan menganggapnya remeh
  4. Jangan bercakap dan menyebarkan fitnah tanpa bukti sama ada ia benar atau tidak
  5. Bersabar jika difitnah dan sentiasa berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah SWT.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan