Wanita yang sudah akil baligh akan mengalami fasa haid iaitu berlaku pendarahan di bahagian faraj kerana sel-sel mati, mukus dan darah akan keluar jika tidak berlaku persenyawaan.
Tanda-tanda Baligh Untuk Perempuan
Kebiasaanya tanda-tanda wanita sudah akil baligh adalah membesarnya buah dada dan mengalami haid. Hal ini perlu diberi perhatian kerana sebagai umat Islam setiap amal soleh yang wajib dilakukan perlu dalam keadaan suci dari hadas besar. Fasa haid tiada umur yang khusus tetapi berdasarkan kematangan fizikal individu itu sendiri.
Ini menandakan bahawa dia sudah akil baligh dan perlu menjaga dirinya dari perkara-perkara berzina dan maksiat. Hal ini kerana haid bermaksud ovumnya sudah matang dan boleh mengandung.
Ciri-ciri Pola Fasa Haid Yang Normal
- Dialami setiap wanita antara usia 9 tahun (paling muda)
sampai usia 55 tahun (paling tua) - Siklus waktu haid yang normal adalah per 28 hari dalam setiap bulan
- Masa haid paling pendek sehari semalam dan paling panjang 15 hari
Haid Dan Hikmah Bagi Wanita Haid
Allah menciptakan gumpalan darah di rahim seorang ibu sebagai sumber makanan bagi janin didalamnya. Darah yang dikeluarkan dari rahim adalah darah kotor yang tidak diperlukan. Keadaan rahim seorang wanita akan tersedia apabila ada janin didalamnya.
Kewajipan Mandi Wajib Selepas Suci
Rukun-rukun Mandi Wajib
- Niat
- Membersihkan badan dari najis
- Mengalirkan air ke seluruh rambut dan permukaan kulit terutamanya celah-celah yang tidak terkena air
Cara-cara Mandi Wajib
- Niat ketika air sampai ke tubuh
- Membaca “Bismillah”
- Mencuci tangan sebanyak tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
- Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air.
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim) - Meratakan air ke seluruh tubuh badan
- Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Larangan Ketika Haid
1. Tidak perlu solat dan qada solat
Para wanita yang ketika haid tidak wajib menunaikan solat kerana berada dalam keadaan berhadas besar. Darah dikategorikan sebagai hadas besar dan tidak suci. namun, hal ini bukanlah tiket percuma kepada wanita luar sana untuk meninggalkan segala amal soleh sewaktu haid.
Begitu juga, tidak dibenarkan para wanita untuk menipu haidnya sedangkan dia sepatutnya sudah suci dari hadas besar. Manakala, jika sudah melebihi 15 hari tetapi darah haid masih keluar perlulah dia bersegera mandi wajib dan solat.
2. Tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqadanya
Wanita dalam fasa haid tidak waajib berpuasa tetapi wajib mengqadanya. Sekiranya hingga datang Ramadan berikutnya dia tidak menggantikan puasanya, maka wajib dia qada’ puasa dan membayar fidyah. Puasa hanya berlaku sekali setahun dan mudah untuk menggantinya.
3. Larangan tawaf
Aisyah pernah mengalami haid ketika berhaji. Kemudian Nabi saw. Bersabda kepadanya, “lakukanlah segala sesuatu yang dilakukan orang yang berhaji selain dari melakukan tawaf di Ka’bah hingga engkau suci.”(HR. Bukhari no. 305 dan Muslim no. 1211).
4. Larangan membuat hubungan seksual
Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah, haid itu adalah suatu kotoran, “oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari (hubungan intim dengan) wanita di waktu haid.”(QS. Al Baqarah: 222). “lakukanlah apa saja kecuali berhubungan seksual” (HR. Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, an- Nasa’i dan Ibnu Majah).
Melakukan persetubuhan ketika haid dalam Islam adalah haram. Hal ini juga mempunyai risikonya tersendiri iaitu akan menyebabkan jangkitan penyakit kelamin. Selain itu, akan memanjangkan tempoh kitaran haid, perbezaan masa ovulasi berbeza setiap bulan dan tempoh sperma bertahan di dalam badan wanita.
5. Larangan bagi suami menjatuhkan talak
Bila mereka ditalak, maka masa haid yang tersisa tidak dihitung sebagai iddah, hal itu memberi mudharat terhadap wanita karena panjangnya masa menunggu.
Di samping itu terdapat riwayat dari Ibnu Umar bahwa beliau telah menceraikan istrinya dalam keadaan haid. Umar memberitahukan hal itu kepada Nabi Muhammad saw. Lalu Rasulullah saw. Bersabda, “suruhlah dia supaya merujuknya dulu, kemudian menceraikannya dalam keadaan suci/ hamil”. (H.R. Muslim)
6. Membaca al-Quran
1. Pendapat yang mendasarkan wanita dilarang membaca Al-Qur’an berdasarkan hadits: “wanita yang menjalani masa haid dan orang sedang dalam keadaan junub tidak boleh sama sekali membaca Al-Qur’an.” (sunan at-Tirmizi)
2. Pendapat yang membolehkan membaca AlQur’an adalah berdasarkan hal-hal di bawah ini:
- Hadis yang melarang orang junub dan wanita haid membaca Al-Qur’an adalah hadis yang tidak sahih
- Aisyah meriwayatkan bahawa nabi selalu mengingat Allah dalam segala keadaan.
- Rasulullah memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk keluar pada hari raya, “hendaklah kaum wanita mengambil tempat di belakang orang-orang, lalu bertakbir mengikuti takbir mereka dan berdoa mengikuti doa mereka”. (HR. Bukhari Muslim)
- Rasulullah bersabda kepada Aisyah ketika sedang haid, “lakukanlah apa saja yang dilakukan orang yang berhaji, kecuali tawaf di ka’bah.” (HR. Bukhari Muslim)
7. I’tikaf
Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafii, Hambali dan Hanafi menyatakan bahwa i’tikaf wanita haid tidak sah, kerana mereka mempersyaratkan orang yang i’tikaf harus dalam keadaan puasa di siang harinya. Sementara itu, tidak boleh puasa. Pendapat ini berdasarkan firman Allah:
“hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi… (QS. An-Nisa [4]: 43)
6 Amalan Yang Dibolehkan Wanita Haid
- Membaca al-Quran tanpa menyentuh halaman mushaf
- Berzikir dan berdoa
- Belajar ilmu agama
- Mendengar ceramah dan bacaan al-Quran
- Bersedekah, infak
- Membaca al-Mathurat