Hati Mati Mendorong Kepada Kecelaruan Hidup

Hati yang mati adalah apabila seseorang itu tiada langsung perasaan takut pada Allah SWT, tidak merasakan dirinya dilihat dan senang dengan dosa yang dibuat kerana hatinya telah gelap.

“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

penyakit hati mati
Sumber: revac film’s & photo (pexels.com)

Hati yang terbiasa dengan perkara yang kotor akan terus menjadi hitam dan keras sehingga tidak dapat menerima apa-apa kebaikan lagi. Bahkan segala kejahatan, dosa serta maksiat adalah makanan kepada hati itu. Segala ilmu serta iman bagaikan terlantun keluar daripada hati-hati yang sekeras batu ini.

5 Tanda Hati Telah mati

Meninggalkan solat

Solat fardhu 5 waktu merupakan kewajipan setiap muslim. Namun, masih ada yang meninggalkan solat secara tidak sengaja dan tiada perasaan untuk memperbaiki diri. Walhal perbuatan tersebut adalah dosa besar dan tiada dalam dirinya langsung perasaan takut kepada azab Neraka. Hal ini bermakna hatinya telah mati dan perlu diambil tindakan sebelum lalai lebih dalam.

Jauh Dari Al-Quran

Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran. Firman Allah S.W.T;

“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.”
Surah Muhammad : 24

Merasa diri tenang walaupun melakukan dosa

Apabila hati gelap, seseorang itu akan merasakan diri mereka tenang waalaupun diri dibelenggu dengan dosa tanpa ada usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hidupnya berasa tenang dan gembira dengan maksiat yang dilakukan.

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.”
Surah Al-Muthaffifin : 14

Tidak memikirkan tentang agama langsung

Firman Allah S.W.T;

“Mereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Surah An-Nahl : 108

Tidak takut dengan azab kubur

Firman Allah S.W.T ;

“Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka berkata), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal soleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin (tetapi mereka sudah telambat).”
Surah As-Sajadah : 12

Al Baqarah ayat 7, yang ertinya: “Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang berat.”

Penyebab Penyakit Hati

  1. Kurangnya keimanan
  2. Selalu mengekuh dan tidak bersyukur
  3. melakukan maksiat dan perbuatan syirik
  4. Terlalu mengejar dunia dan lalai dalam berzikir
  5. Meninggalkan solat dan tidak bersedekah dengan harta yang dimiliki
  6. Bangga dengan amal yang dibuat

Tips Menjaga Hati menurut Islam

  1. Tidak banyak bicara
  2. Pandai mengawal nafsu
  3. Ingat pada Allah SWT
  4. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh

Tips Membersihkan Hati Menurut Islam

  1. Sabar
  2. Mengadu pada Allah
  3. Khusyuk dalam solat
  4. Bersangka baik
  5. Zikir dan membaca Al-Quran
  6. Sedekah, puasa
  7. Solat Tahajud
  8. banyak mengingat dosa dan kematian
  9. Memaafkan kesalahan orang lain

Kesimpulan

Oleh itu, kita perlulah menjauhi diri daripada kelima-lima sifat ini dan memastikan hati dalam keadaan yang sentiasa suci dan bersih dengan beristighfar dan berzikir bagi mengelakkan hati menjadi hitam. Jika ada walaupun sedikit terdetik dalam hati kita, kita perlulah memohon ampun kepada Allah SWT. Semoga kita dijuahi sifat-sifat tersebut daripada keturunan kita. Wallahualam.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan