6 Kelebihan Qiamullail Jika Rajin Bangun Sepertiga Malam

Qiamullail ialah bangun malam yang dilakukan umat Islam untuk melakukan ibadah demi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memohon sesuatu hajat.

Hikmah Qiamullail
Sumber: muslim.sg

Qiamullail biasanya dilakukan pada sepertiga malam. Rasulullah SAW dan para sahabat menjadikan qiamullail amalan ibadat setiap malam demi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hal ini perlulah dicontohi oleh setiap umat Islam dan bukan semuanya dapat menikmati kelebihan bangun pada waktu malam. Inilah waktu paling mustajab dan merasakan diri kita dekat kepada Allah SWT serta lebih fokus melakukan amalan-amalan sunat. Qiamullail dapat dilakukan dengan mengamalkan solat-solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir.

Amalan Ibadah Yang Dapat Dikerjakan

Solat Sunat Tahajjud (2 rakaat), Hajat (2 rakaat), Taubat (2 rakaat), Tasbih (4 rakaat), Witir (2 rakaat). Begitu juga, membaca surah-surah pilihan dan beristighfar serta selawat.

Kelebihan-kelebihan Qiamullail

  1. Dapat menyucikan jiwa dan keuatan rohani
  2. Mendekatkan diri kepada Allah
  3. Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  4. Memudahkan perjalanan menyeberang siratulmustaqim
  5. Saat mustajab untuk doa dikabulkan
  6. Memberi kesihatan baik

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Surah al-Isra’ Ayat 79

==================================================================

Sabda Nabi s.a.w:

“Hendaklah kamu melakukan qiamullail, kerana qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kamu, kerana qiamulail mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan dan menghalau penyakit dari tubuh”.

(Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim)

Cara-cara Bangun Malam

  1. Memasang niat yang betul
  2. Praktikkan menjadi rutin harian
  3. Mengambil wuduk sebelum tidur
  4. Membaca 3 Qul sebelum tidur
  5. Tidur awal dan tidur mengikut sunnah
  6. Tahu kelebihan qiamullail
  7. Menghadap kiblat
  8. Jauhi maksiat

Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

D1riwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat”. (Al-Tibrani)

Abu Hurairah, beliau berkata: Abu Zar al-Ghifari bertanya: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya mendapat pahala yang banyak. Mereka solat seperti mana kami solat, mereka berpuasa seperti mana kami berpuasa. Mereka mempunyai harta yang lebih yang mereka boleh bersedekah dengannya sedangkan kami tidak mempunyai harta untuk kami bersedekah dengannya.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Zar, mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat yang boleh menyamakan darjatmu dengan orang-orang yang sudah mendahuluimu dan orang-orang yang datang sesudah kamu tidak akan dapat menyamaimu kecuali sesiapa yang beramal seperti amalan engkau?”

Abu Zar berkata: “Tentu ya Rasulullah.” Baginda bersabda: “Hendaklah kamu bertakbir (Allahu Akbar) setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali, bertasbih (Subhanallah) 33 kali dan kamu mengkhatamkannya dengan “laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah lahul mulku wa lahul hamduwa huwa ‘ala kulli syai’in qodir” maka dosamu akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.” (Riwayat Abu Dawud)

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan