Ibnu Sina Cendekiawan Bidang Perubatan

Tokoh Islam Ibnu Sina
Sumber: liputan6.com

Latar Belakang

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Husayn ibn Abd Allah ibn Sina ialah seorang ilmuwan/ cendekiawan Islam yang mengubah bidang perubatan dunia. Beliau berasal di negara Uzbekistan. Ibnu Sina menerima pendidikan awal di kampung halaman dan memiliki otak yang bergeliga sejak kecil.

Bukan sahaja itu malah beliau juga suka menyertai bapanya bersama para ulama dalam perbincangan intelektual. Dengan kecerdikan yang dimiliki, beliau mampu menghafal segala perkara.

Pada ketika usia 10 tahun, beliau berjaya menghafaz al-Quran dan menjadi al-Hafiz manakala pada usia 14 tahun, beliau sudah mempunyai ilmu mengatasi guru-guru beliau. Beliau banyak meluangkan masa untuk menuntut ilmu tentang falsafah, logik, sains, undang-undang Islam, hasil kerja Euclid, seorang ahli matematik berbangsa Greek.

Matlamat beliau adlah untuk mengkaji hubungan antara ilmu sains dan agama, menghasilkan beberapa penulisan pendek berkenaan teologi Islam dan sebuah wacana tentang nabi-nabi serta tafsiran saintifik al-Quran. Untuk mengetahui perjalanan hidup Ibnu Sina teruskan membaca artikel ini.

 

Bermulanya Dunia Perubatan Moden

Ibnu Sina mempelajari bidang perubatan ketika berusia 16 tahun dan hanya dalam 2 tahun, beliau telah berjaya menjadi pengamal perubatan bertauliah. Beliau sangat dihormati kerana ramai yang telah berjaya diubati oleh beliau. Rawatan yang digunakan amat hebat dan tiada doktor lain yang mampu merawat. Setelah berjaya merawat Raja Bukhara iaitu Nooh Ibn Mansoor yang menghidapi penyakit misteri, beliau dihadiahkan Perpustakaan Besar Samanid.

 

Sumbangan Ibnu Sina

Salah satu kejayaannya ialah penulisan beberapa buah buku perubatan termasuklah kitab ‘Al-Qanoon fi al-Tibb’ (‘The Canon Of Medicine’). Buku ini mengenai penyakit berjangkit berkaitan hubungan kelamin, penyakit jangkitan lain, teori dan beberapa penyakit lain.

Di samping itu, kitab yang berjaya ditulis juga adalah ‘Al-Sifa’ (‘The Book of Healing’). Buku ini pula berkaitan logik, sains semula jadi, matematik dan metafizik.

Secara keseluruhannya, Ibnu Sina dikatakan telah menulis lebih daripada 400 merangkumi pelbagai rangkaian ilmu dan 250 kekal sehingga kini. Buku-buku karya beliau yang lain adalah seperti ‘Book of Salvation’, ‘Divine Wisdom’, ‘Book of Sum and Substance’ dan ‘Book of Virtue and Sin’. Buku-buku ini ditulis dalam bahasa Arab.

 

Sumbangan Lain

Selain bidang perubatan dan falsafah, beliau turut mempunyai sumbangan dalam bidang-bidang lain seperti matematik, fizik dan astronomi yang sehingga kini menjadi bidang yang paling hebat dan terkenal di kalangan pelajar-pelajar. Fizik yang merangkumi tajuk cahaya , konsep haba dan daya. Kesemuanya merupakan hasil daripada kajian Ibnu sina.

Antara sumbangan lain adalah mengkaji dan menemui penyakit-penyakit baharu, punca dan kaedah rawatan, kajian tentang pengaruh kuman dalam penyakit, menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.

Selain itu, beliau juga mencipta bius yang sehingga kini digunakan oleh doktor-doktor. Beliau juga mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan kaedah pemerhatian dan analisis dalam bidang perubatan. Betapa hebatnya setiap perubatan yang dicipta oleh beliau yang mana sekarang masih digunakan untuk merawat setiap pesakit di dunia.

 

Pengajaran

Banyak sikap Ibnu Sina yang boleh dijadikan contoh dan menjadikan beliau idola demi menaikkan semangat kita terhadap dalam sesuatu bidang pembelajaran. Sebagai seorang pelajar generasi kini, kita mestilah sentiasa mencari ilmu dan menguasainya demi kejayaan masa depan. Mungkin sahaja diantara kita yang dapat membangunkan negara hasil dari sesuatu penciptaan kita. Tidak kisah dari segi bidang perubatan, matematik dan lain-lain.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan