Islam : Solat Jamak & Qasar

Solat Jamak & Qasar

Islam mengharuskan umatnya menjamak dan mengqasarkan solat fardu sebagai rukhsah (kemudahan). Ia bermaksud kelonggaran kepada orang islam yang bermusafir melebihi 2 marhalah yang mungkin mengalami masalah untuk berhenti atau singgah untuk menunaikan solat berkali kali.

Pengertian Solat Jamak

  • Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu
  • Mengumpulkan solat zohor kepada asar atau sebaliknya serta fadhu maghrib dan isyak atau sebaliknya
  • Terbahagi kepada dua, iaitu jamak takdim dan jamak takhir
  • Jamak takdim bermaksud apabila solat zohor dijamakkan dengan asar pada waktu zohor serta solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib
  • Jamak takhir pula adalah melaksanakan solat zohor dan asar pada waktu asar  serta solat maghrib dan isyak pada waktu isyak

Pengertian Solat Qasar

  • Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat
  • Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat isyak, zohor dan asar

Hikmah di Sebalik Solat Jamak & Qasar

  • Meringankan beban umat Islam dalam melakukan solat fardhu sewaktu bermusafir
  • Tanda Allah S.W.T. maha penyayang
  • Keringanan diberikan supaya solat dapat dilaksanakan di dalam apa jua keadaan
  • Memberikan galakan kepada umat Islam untuk bermusafir di atas apa saja tujuan yang baik dan ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan, mencari rezeki, serta mengeratkan hubungan silaturrahim

Syarat-Syarat Solat Jamak & Qasar

  • Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang daripada 60 batu atau 92 kilometer (km)
  • Dua sembahyang jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua
  • Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna (tamam)
  • Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan dia bertolak maka selesailah jamak dan qasarnya. Dia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jamak
Syarat Solat Jamak Takdim
  1. Hendaklah dimulai solat pada waktunya yang terdahulu ertinya lakukan zohor daripada asar dan maghrib daripada isyak
  2. Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram atau di tengah-tengah solat selama mana ia belum memberi salam
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua. Ia tidak boleh diselangi oleh perbuatan lain
  4. Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua, tetapi tidaklah disyaratkan sehingga selesai solat
Syarat Sah Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat
Syarat-Syarat Qasar
  1. Musafir tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah
  3. Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat zohor, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratul ihram
  5. Tidak boleh berimam dengan orang yang bersolat tamam (sempurna)
  6. Hendaklah tempat yang dituju itu ditentukan. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar
  7. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat
  8. Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar

Lafaz Niat Solat Jamak Qasar

 

Jamak Taqdim Beserta Qasar

1. Niat Jamak Taqdim (Zohor & Asar)

islam

Usolli fardhol zhuhri rok’ataini jam’a taqdiimin qosron lillahi ta’aala

“Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak taqdim serta qasar kerana Allah Ta’ala”

islam

Usolli fardhol ‘asri rok’ataini jam’a taqdiimin qosron lillahi ta’aala

“Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak taqdim serta qasar kerana Allah Ta’ala”

2. Niat Jamak Taqdim (Maghrib & Isya’)

islam

Usolli fardhol maghribi thalaatha roka’aatin jam’a taqdiimin lillahi ta’aala

“Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”

*Lafaz solat maghrib sahaja yang sedikit berbeza berbanding solat Zohor, Asar & Isyak kerana “qasar” tidak disebut di dalam lafaz. Hal ini kerana solat Maghrib tidak boleh dipendekkan.

islam

Usolli fardhol ‘isyaa’i rok’ataini jam’a taqdiimin qosron lillahi ta’aala

“Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak taqdim serta qasar kerana Allah Ta’ala”

Jamak Ta’khir Beserta Qasar

1. Niat Jamak Ta’khir (Zohor & Asar)

islam

Usolli fardhol zhuhri rok’ataini jam’a ta’khiirin qosron lillahi ta’aala

“Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Ta’ala”

Usolli fardhol ‘asri rok’ataini jam’a ta’khiirin qosron lillahi ta’aala

“Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Ta’ala”

2.  Niat Jamak Ta’khir (Maghrib & Isyak)

Usolli fardhol maghribi thalaatha roka’aatin jam’a ta’khiirin lillahi ta’aala

“Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak ta’khir kerana Allah Ta’ala”

*Sama seperti niat untuk jamak taqdim, qasar tidak dilafazkan kerana solat Maghrib tidak boleh dipendekkan. Jadi, anda hanya perlu menyebut solat jamak.

Usolli fardhol ‘isyaa’i rok’ataini jam’a ta’khiirin qosron lillahi ta’aala

“Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Ta’ala”

 

 

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan