Kita sebagai manusia wajar menjaga lidah daripada bercakap sia-sia, kecuali jika percakapan mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Ramai daripada kita yang boleh memelihara diri dari terjebak ke lembah arak dan zina umpamanya. Tapi kita kurang berjaya menjaga lidah daripada bercakap benda yang baik – baik. Namun amat kurang yang berjaya memelihara lidah dengan baik. Kita yang berasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat yang lain, namun amat kurang yang berasa gerun apabila dia tidak memelihara lidahnya
Pepatah Melayu ada mengatakan, “Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya“. Selain itu, ada juga pepatah bagai “Mulut Ayam” tiada henti bercakap. Mulut ayam atau erti kata lain dalam peribahasa yang berbunyi “Mulut bagai ekor ayam dihembus” atau lebih dikenali dalam peribahasa yang lain. “Moncong seperti ekor ayam” bermaksud seseorang yang tidak berhenti-henti bercakap dan juga yang tidak tahu erti diam. Individu seperti ini juga mungkin lebih dikenali dalam masyarakat melayu kita sebagai “Mulut Murai” atau “Bayak Mulut”.
Imam Nawawi ada berpesan, kita wajar menjaga lidah daripada bercakap yang sia-sia, kecuali jika percakapan itu mendatangkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baiklah berdiam diri. Hal ini kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.
Ada pepatah juga mengatakan ; ‘Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik.’ Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan mendiamkan lidahnya.
Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umat-umatnya tentang 5 perkara berkaitan hal ini iaitu ;
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
- Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan semata-mata.
- Jangan menyebut-nyebut kebaikkan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita.
- Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
- Jangan sebut-sebut dan menampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kelak keaiban diri juga dikatakan orang.
Baginda SAW juga pernah bersabda ;
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai diantara kalian dan yang paling dekat kedudukannya dengan ku pada hari Kiamat kelak adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dari ku diantara kalian pada hari kiamat kelak adalah Tsarsarun, Mutasyaddiqun dan Mutafaihiqun.” Para Sahabat bertanya : “Kami sudah tahu siapa Tsarsarun dan Mutasyaddiqun, tapi siapakah Mutafaihiqun?” Baginda menjawab : “Orang yang sombong.” (Ash-Shahihah no 791 dan Mukhtashar no 84)
Maksud Tsarsarun
- Orang yang banyak cakap dan maksud Mutasyaddiqun pula ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai oleh Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh.
Jadi jangalah kita bercakap kosong atau perkara yang sia-sia kerana perbuatan ini dilarang oleh agama disebabkan ia tidak mendatanhkan apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak. Lebih – lebih lagi sekarang dunia semakin maju dengan teknologi. Bercakap – cakap kini boleh ditransfer kepada bentuk – bentuk moden seperti Whatsapp, Telegram, Wechat, Instagram, Facebook dan sebagainya. Akhir kata sma-smalah kita fikirkan. Mudah-mudahan bermanfaat di dunia dan akhirat.
Insya-Allah…