Kebaikan Bulan Syaaban Bulan Mulia Umat Islam

Bulan Syaaban adalah bulan yang mulia kerana ia adalah salah satu bulan yang mempunyai kelebihannya tersendiri.

Setiap umat Islam berlumba-lumba mengejar kebajikan pada bulan syaaban antaranya ialah berpuasa. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hambanya.”

Bulan Syaaban ialah bulan Rasulullah dan berbagai ganjaran tersedia untuk umatnya untuk setiap amalan dibuat bagi persediaan menghadap bulan Ramadan.

Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan bulan Syabaan ini antaranya ialah sebagaimana hadith yang diriwayatkan Imam al-Bukhari RA melalui Aisyah RAH yang bermaksud:

“Maka tidaklah aku melihat baginda SAW berpuasa selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan, dan tidaklah aku melihat baginda SAW memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban.”

(Riwayat al –Bukhari)

 

Keistimewaan Bulan Syaaban
Sumber: mentatdgt

Amalan Bulan Syaaban

1. Malam 1 Syaaban

  • Solat Sunat Mutlaq = Mendirikan solat sunat Mutlaq sebanyak 12 rakaat dengan 6 salam. Setiap rakaat, selepas membaca Surah Al-Fatihah, baca Surah Al-Ikhlash 5 kali. Semoga dengannya diampun dosa oleh Allah.
  • Baca Surah Ad-Dukhan, ayat 1-8 sebanyak 15 kali

2. Puasa

Rasulullah berpuasa penuh pada bulan Sya’ban. Perbanyakkan solawat dan zikir ketika hendak berbuka puasa. Boleh juga berpuasa 3 hari awal, 3 hari pertengahan dan 3 hari akhir bulan Sya’ban. Berpuasalah puasa sunat hari Isnin dan Khamis sepanjang minggu. Berpuasa pada siang hari bagi malam Nisfu Sya’ban (iaitu esok harinya, 15 haribulan).

Jika tidak berupaya, berpuasa pada manamana hari yang disukai. Harus diingatkan puasa pada hari Jumaat hendaklah digembarkan dengan puasa sehari sebelumnya (Khamis) atau sehari selepasnya (Sabtu). Puasa hanya pada hari Jumaat hukumnya makruh.

3. Banyakkan membaca di sepanjang Sya’ban

“Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami beribadah kecuali kepadaNya. Kami mengikhlaskan diri dalam agama, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

4. Istighfar 70 kali/ 100 kali pagi dan petang

“Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya.”

5. Membaca tasbih 100 kali setiap hari

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi.”

“Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung.”

6. Membaca tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan hauqalah 100 kali setiap hari

“Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agung), tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agung.”

7. Berselawat 10 kali / 100 kali pagi dan petang

“Ya Allah, berselawatlah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami, Nabi Muhammad.” Bacalah solawat sebanyak-banyaknya kerana ayat yang berkaitan perintah bersolawat ke atas Nabi kepada ummat diturunkan pada bulan ini

8. Membaca takbir 100 kali selepas solat Subuh dan 100 kali selepas solat asar

“Allah Maha Besar (Agung).”

9. Membaca zikrullah 10 kali setiap hari

Lailahaillah kobla kulli ahad, lailahaillah ba’ada kulli ahad, lailahaillah yabqa rabbuna wayafna kullu ahad.

10. Amalan umum setiap hari dan malam

Banyakkan solat-solat sunat, Rawatib dan Nawafil, membaca Al-Qur’an, berzikir, berselawat, beristigfar untuk diri sendiri, keluarga dan seluruh umat Nabi Muhammad adalah sangat baik. Begitu juga, berusaha mengkhatam aurad, hizh, ratib serta doa yang terdapat dalam kitab-kitab amalan para Auliya’ dan masyaikh.

Selain itu, usahakan untuk tidak meninggalkan membaca Ratib Al-Haddad (Ratibul Haddad) susunan Quthb al-Irsyad wa Ghauth al-‘Ibad wa al-Bilad, Al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad. Rahsia yang ada pada ratib-ratib lain, ada pada ratib ini mengikut para masyaikh yang muhaqqiqin.

11. Amalan malam Nisfu Sya’ban (malam ke 15)

Seperti yang disebutkan oleh Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya antara amalan para solehin, selepas solat fardhu Maghrib dan sunat ba’diahnya, dibaca Surah Yaasin 3 kali.

Pada bacaan yang pertama diniatkan memohon dipanjangkan umur dalam kesihatan yang baik agar dapat beribadat mentaati Allah. Pada bacaan kedua, diniatkan memohon diluaskan rezeki yang halal dan diberkati dan pada bacaan ketiga, diniatkan memohon ditetapkan iman dan mati dalam iman (husnul khatimah).

12. Baca doa ini 10 kali

“Tuhanku, kemurahanMu telah menunjukkan aku kepadaMu, kebaikanMu telah mendekatkan aku kepadaMu, aku mengadu kepadaMu perkara yang tidak tersembunyi lagi pada pengetahuanMu dan aku memohon kepadaMu perkara yang tidak susah padaMu, kerana ilmuMu tentang keadaanku telah mencukupi daripada permohonanku. Wahai Tuhan Yang Menghapuskan bebanan orang-orang yang kesusahan, hapuskanlah daripadaku semua yang aku hadapi, sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau. (Ya Allah), Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku), sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang yang menganiyai diri sendiri, (dengan berkat dan benarnya firmanMu):

“Maka Kami perkenankan permohonan doanya (Nabi Yunus) dan Kami selamatkannya dari kesusahan yang menyelubunginya, dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada kami).” Ya Allah, Tuhan Yang Memiliki Kurniaan sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya kepada Nabi Muhammad, keluarga Baginda dan seluruh para sahabatnya.”

13. Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

 

Doa Sayyidul Istighfar
Sumber: yufidia.com

 

14. Doa memohon keampunan untuk kedua orang tua

“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sebagai mana
keduanya merahmatiku di waktu kecil.”

15. Doa Nabi Adam

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir daripadaku, maka terimalah permohonan maafku, dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan di sisiku, maka ampunkanlah dosa-dosaku, dan Engkau mengetahui hajatku, maka perkenankanlah permintaanku.

Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang mengembirakan hatiku, keyakinan yang benar, sehingga aku tahu bahawa apa sahaja musibah yang menimpaku, itu tidak lain melainkan apa yang telah Engkau taqdirkan ke atasku dan kurniakanlah aku redha dengan apa yang telah Engkau putuskan ke atasku, wahai Tuhan Yang Mempunyai keagungan dan kemuliaan.”

(Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari syurga, Nabi Adam telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Ka’bah. Baginda kemudiannya bersolat 2 rakaat 10 mengadap Ka’bah. Selepas itu, Baginda pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini. Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Adam : “Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah berdoa kepadaKu dengan doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa seseorang dari kalangan anak cucumu dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan kesusahannya.

Aku tahan daripadanya barangnya yang hilang. Aku cabutkan kefaqiran dari hatinya, jadikan kekayaan di antara dua matanya. Kurniakan kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang dunia kepadanya dalam keadaan terpaksa, sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut.”

16. Al-Allamah Sayyid Al-Winna’i berkata bahawa antara doa yang afdhal dibaca pada
malam Nisfu Sya’ban ialah:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mulia yang suka kepada keampunan,
maka ampunilah dosaku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keampunan, keafiatan dan
kesejahteraan yang berterusan di dalam agama, dunia dan akhirat.”

17. Solat khusus pada malam Nisfu Sya’ban

Beliau menulis di dalam Ihya’ Ulumid Din, 1/209-210, bahawa solat pada malam Nisfu Sya’ban 100 rakaat. Setiap dua rakaat, salam. Pada setiap rakaat dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali selepas Al-Fatihah. Boleh juga solat dengan 10 rakaat, tetapi bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali. Beliau mengatakan solat cara ini ada dilakukan oleh ulama’ Salaf dan mereka menamakannya dengan Solat al-Khair (solat yang mempunyai banyak kebaikan).

18. Bacaan ketika sujud dalam solat malam (terutamanya solat Tahajjud) semasa qiyamullail (juga pada malam lain di bulan Sya’ban)

“Aku berlindung dengan keampunanMu dari balasan siksaMu dan aku berlindung dengan keredaanMu dari kemurkaanMu dan aku berlindung denganMu (dari kejahatan yang datang) dariMu kepadaMu. Tidaklah mampu aku memujiMu seperti mana Engkau memuji Zatmu sendiri.”

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan