Kelebihan Beristighfar

beristighfar

Kita semua pasti pernah mengalami situasi atau hari yang sukar.Contohnya kereta rosak, anak sakit, tiada air berhari-hari, dibebani hutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap dan pelbagai lagi cabaran hidup. Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuaca panas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar. Di dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT.

Istighfar merupakan perkataan Arab yang bermaksud memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh kita sebagai seorang hamba Allah swt. Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan istighfar, Aku memohon keampunan dari Allah swt.”; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt.

Orang yang banyak beristighfar kepada Allah akan dikurniakan 3 perkara :

  1. Dibebaskan kita dari perasaan gundah gulana/gelisah.
  2. Melepaskan kita daripada segala kekusutan/masalah.
  3. Allah berikan kita rezeki yang tak disangka-sangka.

Selain daripada diampunkan dosa, Allah berikan sekali 3 perkara di atas. Subhanallah. Baiknya Allah pada kita.

Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]

Kesimpulannya, istighfar sangat penting kerana padanya terdapat banyak kelebihan. Selain itu juga, kita sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Tambahan pula, istighfar mempunyai banyak lafaz dan bukannya terhad pada satu lafaz sahaja. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga. Amin..

Wallahua’lam

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan