Kelebihan Berselawat

Kelebihan Berselawat

Seperti yang sedia maklum, berselawat itu boleh mendatangkan banyak kebaikan serta kelebihan kepada seseorang yang beragama Islam. Untuk pengetahuan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali kita menunaikan solat terutamanya ketika bacaan tahiyat dan ketika memulakan dan mengakhiri doa. Justeru itu, semua orang islam ditekankan dalam kehidupan untuk sentiasa berselawat kerana dengan berselawat kita dapat tahu pelbagai kelebihan yang kita dapat.

Dengan izin Allah SWT ,antara kelebihannya adalah:
  1. Rasullah SAW bersabda“Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda” – (HR Muslim.)
  2. Dengan berselawat 11 kali selepas menunaikan solat dosa dosa kecil kita akan terhapus
  3. Urusan jodoh akan dipermudakan oleh Allah (100x selawat)
  4. Ketika mengalami kesakitan perut amalkan selawat 7 kali pada air dan kemudian minum
  5. Amalan berselawat 3 kali setiap waktu akan membantu menghilangkan kebuntuan fikiran dalam apa jua masalah
  6.  Dikurniakan kebijaksanaan pemikiran beserta dengan usaha yang gigih (1000x sehari)
  7. Dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain (11 kali selawat)
  8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walaupun sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  9. Dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki (41x sehari)
  10. Amalan berselawat setiap hari dapat menjamin kesejahteraan hidup dan pertolongan Allah
Waktu yang “afdhal” untuk berselawat :
  • Ketika mendengar sebutan nama Nabi SWT
  • Sebelum dan selepas azan
  • Selesai berwudhu’
  • Ketika permulaan, pertenghan dan penutup doa
  • Akhir qunut dalam solat
  • Ketika masuk dan keluar masjid
  • Waktu pagi dan petang
  • Hari jumaat
  • Ketika di tempat perhimpunan orang ramai

 

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

 

Demikianlah sedikit ilmu yang dapat dikongsikan. Semoga usaha kita dengan berselawat bagi mengingati Rasulullah dapat mendekatkan diri bersam Nabi Muhammad kelak dan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT.

 

 

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan