Kelebihan Bersyukur kepada Allah SWT

Bersyukur adalah kewajipan setiap umat manusia untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah SWT di atas segala nikmat kurniaannya yang telah kita perolehi di atas muka bumi ini.

Berikut adalah nikmat yang akan diperolehi sekiranya kita sentiasa bersyukur:

1. Diampuni dosa-dosa

Dari Jabir ra. bahawa Rasulullah SAW. pernah bersabda bahawa : “Allah SWT tidak memberi suatu nikmat kepada seorang hamba kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, kecuali Allah SWT menilai ia telah mensyukuri nikmat itu. Apabila dia mengucapkan Alhamdulillah yang kedua, maka Allah SWT akan memberinya pahala yang baru lagi. Apabila dia mengucapkan Alhamdulillah untuk yang ketiga kalinya, maka Allah SWT mengampuni dosa-dosanya.” (HR Hakim dan Baihaqi)

 

2. Disayangi Allah SWT

Hadis Riwayat Abu Dawud : “Jika engkau tiak mampu membalasnya maka doakan dia hingga engkau merasa bahawa engkau telah mensyukuri kebaikan tersebut, kerana sesungguhnya Allah SWT sangat cinta kepada orang-orang yang bersyukur.”.

 

3. Dijanjikan syurga oleh Allah SWT

Sesungguhnya Allah SWT berfirman,: “Apabila aku menguji hamba-ku dengan kedua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya.” (HR. Bukhari)

 

4. Keimanan semakin bertambah

Hadis Riwayat Tirmidzi : “Dua hal apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah SWT sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohinya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah SWT bahawa dia masih diberi kelebihan.”.

 

5. Diberi ketenangan hati

Perbezaan diantara orang yang sentiasa bersyukur dan juga oarng yang kufur nikmat ialah ketenangan hati. Orang yang sentiasa bersyukur akan mendapat kedamaian dan juga ketenangan hati.

 

6. Mendapat kebaikan dari Allah SWT

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa “Barang siapa mengucap subhanallah maka baginya sepuluh kebaikan. Barang siapa membaca la ilahaillallah maka baginya dua puluh kebaikan. Dan barang siapa membaca alhamdulillah baginya tiga puluh kebaikan.”.

 

7. Kesejahteraan hidup terjamin

Journal of Personality and Social Psychology tahun 2013 menjelaskan bahawa banyak bersyukur dapat meningkatkan kesejahteraan hidup seseorang manusia. Ini kerana sentiasa bersyukur menjadikan pemikiran kita sentiasa optimis dan positif dengan setiap apa yang terjadi kepada kita.

 

8. Awet muda

Firman Allah Ta’ala dalam Al-Quran : “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216).

Seseorang yang sentiasa rajin mengungkapkan kalimah syukur, maka ia cenderung untuk kelihatan awet muda. ini adalah refleks kepada apa yang kita sentiasa lakukan, kesan positif daripada perbuatan kita yang serimg bersyukur.

 

9. Sentiasa bahagia dalam hidup

Dalam Firman Allah SWT: “Dan bertasbihlah dengan memuji Rabbmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.” (Thaa-Ha: 130)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’du: 28)

Mengucapkan alhamdulillah mampu menimbulkan rasa bahagia dalam diri kita. Itu menandakan kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi daripada Allah SWT.

 

10. Mendapat keberkatan hidup

Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya kami telah memberikan hikmah kepada Lukman, yaitu nikmat syukur kepada Allah. Barang siapa yang bersyukur kepada Allah maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur maka Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (QS. Luqman:12)

 

11. Terhindar dari penyakit hati

Rasulullah SAW bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada segumpal daging, jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika umaka rusaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” (HR. Bukhari dan Muslim)

 

Berikut adalah nikmat-nikmat yang akan kita perolehi sekiranya kita sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Itu menandakan bahawa kita sentiasa berterima kasih dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi daripada pencipta kita iaitu Allah SWT.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan